Berita Harian

PETRONAS lancar kempen ‘Cinta Buat Malaysia’

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) melancarka­n kempen ‘Cinta Buat Malaysia’ sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Kempen selama 35 hari itu antara lain merangkumi siaran iklan televisyen dan enam video ringkas disediakan PETRONAS untuk memupuk perpaduan serta penyatuan sosial dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulanny­a, Zahariah Abd Rahman, berkata kempen yang dianjurkan merangkumi pelbagai platform di seluruh negara itu diharap berupaya menggambar­kan mesej mengenai keistimewa­an dimiliki setiap rakyat di negara ini.

“Menerusi kempen ini, kita memaparkan cereka yang memberi inspirasi dengan menerapkan pelbagai perkongsia­n nilai dalam kalangan rakyat Malaysia.

Meraikan perbezaan kaum

“Kepelbagai­an nilai yang diraikan selama ini menjadi penyatuan rakyat meskipun berbeza agama, bangsa dan kepercayaa­n,” ucapnya pada pelancaran kempen itu di Kelab PETRONAS Malaysia, di Menara Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Enam video yang menjadi sebahagian pengisian kempen itu sudah disiarkan di hampir setiap saluran televisyen sejak 15 Ogos lalu, manakala iklan sempena Hari Kebangsaan dan Malaysia oleh PETRONAS bertajuk ‘Jaga Diri’ ditayangka­n mulai semalam hingga 18 September ini.

Iklan sepanjang dua minit itu memaparkan sedutan kehidupan

 ??  ??
 ??  ?? Zahariah (tengah) bersama pelakon Iklan Merdeka PETRONAS sempena majlis pelancaran Video Iklan Pendek di Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur.
Zahariah (tengah) bersama pelakon Iklan Merdeka PETRONAS sempena majlis pelancaran Video Iklan Pendek di Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia