Berita Harian

10 bomba sesak nafas cari mangsa dalam lubang

-

Melaka: Sepuluh anggota bomba dikejarkan ke Hospital Melaka, di sini, selepas mengalami sesak nafas ketika menjalanka­n operasi mencari seorang lelaki warga Bangladesh yang terjatuh ke dalam saluran lubang bawah tanah di sebuah tapak pembinaan di Jalan Bukit Cina, malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 10 malam itu, sembilan anggota lelaki dan seorang wanita dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu berusia antara 20 hingga 45 tahun itu diarah mencari mangsa secara bergilir, sebelum masing-masing mengalami sesak nafas.

Ambulans dan pasukan perubatan dihantar ke tempat kejadian bagi memberi bantuan kecemasan dan semua 10 anggota berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut dan dibenarkan pulang jam 10.30 pagi semalam.

Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi) negeri, Kamarulzam­an Mohd Din, berkata pihaknya akan menyiasat selewat-lewatnya Isnin ini.

Katanya, sejurus menerima panggilan jam 9.47 malam, pihaknya menghantar sepasukan 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu.

Turun secara bergilir

“Mereka turun secara bergilir ke lubang sedalam 3.1 meter dengan keluasan 5.1 meter persegi yang dipercayai menjadi lokasi mangsa terperangk­ap.

“Berdasarka­n maklumat awal, ruang bawah tanah itu dipercayai mengandung­i gas metana disebabkan oleh udara terkumpul sejak sebulan lalu hingga menyebabka­n gas di ruang itu beracun,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Warga Bangladesh dikenali Sheikh Md Mustak, 36, itu disahkan meninggal dunia dan operasi mengeluark­an mayat mangsa berakhir jam 2 pagi selepas sepasukan tujuh dan enam anggota masingmasi­ng dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dan Alor Gajah mengambil alih operasi.

 ?? [FOTO MUHAMMAD HATIM AB MANAN/BH] ?? Lapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Balai Jalan Kubu sesak nafas dipercayai terhidu gas metana ketika mencari seorang lelaki warga Bangladesh yang terjatuh di dalam saluran lubang bawah tanah di sebuah tapak pembinaan, semalam.
[FOTO MUHAMMAD HATIM AB MANAN/BH] Lapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Balai Jalan Kubu sesak nafas dipercayai terhidu gas metana ketika mencari seorang lelaki warga Bangladesh yang terjatuh di dalam saluran lubang bawah tanah di sebuah tapak pembinaan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia