Berita Harian

JKKP siasat punca nahas cangkuk kren

Keluar notis henti kerja bina hotel di jalan Raja Chulan

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluark­an notis menghentik­an kerja projek pembinaan hotel di Jalan Raja Chulan di sini, selepas seorang wanita maut dihempap cangkuk kren, kelmarin.

JKKP dalam kenyataan berkata, notis itu bagi membolehka­n pihaknya menjalanka­n siasatan sekali gus memastikan pihak bertanggun­gjawab melaksanak­an kewajipan sewajarnya.

“JKKP sedang melaksanak­an siasatan forensik bagi mengenal pasti punca utama kemalangan sekali gus mencegah insiden sama berulang.

“Menurut Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994, kontraktor utama sebagai majikan bertanggun­gjawab memastikan keselamata­n penggunaan kren menara di tapak pembinaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, JKKP akan mengambil tindakan tegas jika berlaku pelanggara­n undang-undang oleh pemaju sehingga mengakibat­kan orang awam terkorban.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Md Isa, pula berkata, pihaknya sedang mengesan seorang lelaki yang juga pengendali kren terbabit bagi membantu siasatan.

Buru pengendali kren

“Lelaki itu melarikan diri sejurus kejadian dan polis sedang berusaha mengesanny­a. Belum ada sebarang perkembang­an berhubung siasatan kes ini,” katanya.

Sementara itu, pemaju projek terbabit, BUCG (M) Sdn Bhd, berkata pihaknya sudah menghentik­an semua aktiviti pembinaan di tapak projek bagi membolehka­n siasatan dijalankan pihak berkuasa.

“Kren terbabit dimiliki Equipment (M) Sdn Bhd manakala syarikat pengendali kren ialah Sufiyan Enterprise. Berdasarka­n rekod, pengendali kren ketika kejadian ialah orang tempatan dan maklumat mengenainy­a sudah diserahkan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian jam 7.20 malam kelmarin, seorang wanita maut selepas Perodua Kelisa dipandunya dihempap cangkuk kren yang jatuh dari sebuah kawasan pembinaan di situ.

Chin Khoon Sing, 24, berasal dari Gurney Park, Georgetown, Pulau Pinang, mati di tempat kejadian selepas cangkuk kren itu jatuh betul-betul di atas bumbung tempat duduk pemandu yang menyebabka­nnya tersepit.

Dalam perkembang­an sama, Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pihak berkuasa perlu bertindak tegas termasuk menyenarai hitam kontraktor atau pengendali kren yang cuai sehingga mewujudkan risiko kemalangan kepada orang awam berhampira­n sesuatu tapak projek.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa mengkaji semula peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) membabitka­n pengendali kren dan jika kecuaian mereka mengakibat­kan kematian, hukuman lebih berat perlu dikenakan.

 ??  ?? Laporan BH semalam mengenai wanita maut dihempap kren.
Laporan BH semalam mengenai wanita maut dihempap kren.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia