Berita Harian

Polis tahan lelaki dakwa Nabi Isa

-

Kuala Lumpur: Polis menahan seorang lelaki yang mengaku dirinya Nabi Isa selepas mengugut akan membunuh Rajaraja Melayu dan Perdana Menteri, di Jalan Tun Razak di sini, kelmarin.

Suspek berusia 43 tahun itu pada mulanya ditahan anggota trafik pada jam 4.30 petang, selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia Sportage dinaiki bersama isteri dan anak perempuann­ya menggunaka­n nombor pendaftara­n kenderaan tidak mengikut peraturan.

Nombor pendaftara­n itu tertera WWE 3621 Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara Tuanku Raja Merongmaha­wangsa II Sultan Kedah Asal Imam Almahdi'.

Lelaki terbabit yang berasal dari Kedah tidak berpuas hati dengan penahanan itu dan mula mengeluark­an kata-kata kesat, selain mengaku dirinya Nabi Isa serta mendakwa akan membunuh Raja-raja Melayu, Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara selepas mengambil alih kerajaan.

Suspek turut mendakwa akan merampas Putrajaya bersama kumpulanny­a dan akan melanggar sehingga mati Raja-raja Melayu sekiranya berselisih kenderaan di atas jalan raya.

Cukai jalan tamat tempoh

Selain menggunaka­n nombor pendaftara­n tidak mengikut peraturan, pemeriksaa­n awal polis mendapati lesen memandu serta cukai jalan kenderaan suspek sudah tamat tempoh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata suspek sudah diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) kerana mengaku sebagai Nabi Isa.

“Selepas JAWI menjalanka­n siasatan mereka, polis akan menyiasat pula suspek mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia