Berita Harian

3 sekeluarga termasuk OKU dalang edar ganja, syabu

Semua bungkusan dadah ditemui dalam bagasi disorok bawah katil

- Oleh Siti Azila Alias

Polis menahan tiga sekeluarga termasuk seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang juga dalang aktiviti pengedaran ganja dan merampas lebih 11 kilogram ganja bernilai RM22,000 dalam serbuan di Pangsapuri Seri Mewah, Isnin lalu.

Semua bungkusan ganja mampat itu ditemui dalam sebuah bagasi yang disorokkan di bawah katil dan bekalan itu dipercayai diperoleh dari Kuala Lumpur untuk edaran sekitar Kajang.

Dalam serbuan jam 10.30 malam itu, dua lelaki dan seorang wanita ditahan, termasuk dalang OKU berusia 39 tahun itu yang aktif mengedar bekalan dari rumah sejak dua tahun lalu.

Serbuan dibuat oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, susulan penahan dua lelaki dan tiga wanita di sebuah rumah di Bandar Rinching, sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata dengan dua serbuan yang dilakukan pada jam 6.30 petang dan 10.30 malam hari yang sama itu membolehka­n lapan individu ditahan.

“Dalam serbuan pertama, kami menahan lima individu, termasuk tiga wanita dipercayai ada kaitan dengan suspek di sebuah rumah di bandar Rinching serta merampas 75 paket syabu dan empat paket ganja bernilai RM4,000.

Rampasan terbesar

“Hasil maklumat daripada tangkapan itu, kami menahan tiga lagi individu termasuk seorang lelaki OKU dan merampas 11 ketulan ganja mampat. Rampasan ini adalah yang terbesar dalam Daerah Kajang pada tahun ini,” katanya.

Othman berkata, berdasarka­n siasatan, suspek OKU dipercayai menjual bekalan dadah dari rumah berikutan keadaannya yang tidak dapat bergerak.

“Semua suspek berusia 29 hingga 39 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1959,” katanya, pada sidang media di IPD Kajang di sini, semalam.

Sementara itu, dalam satu lagi kes berasingan, polis menumpaska­n tiga kumpulan yang aktif melakukan kegiatan curi motosikal susulan penahanan 14 lelaki termasuk dua pelajar sekolah menengah.

Katanya, semua mereka ditahan menerusi Ops Lejang yang dijalankan pihaknya pada 18 Ogos lalu dan menemui semula enam motosikal dan satu rangka motosikal.

Selain itu, beliau berkata, dua lelaki berusia 19 dan 25 tahun sedang dikesan, dipercayai turut terbabit dengan kegiatan mencuri motosikal.

 ??  ?? Othman (dua dari kiri) menunjukka­n dadah yang dirampas dalam serbuan di Pangsapuri Seri Mewah, Isnin lalu.
Othman (dua dari kiri) menunjukka­n dadah yang dirampas dalam serbuan di Pangsapuri Seri Mewah, Isnin lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia