Berita Harian

Kanak-kanak pelarian terima pendidikan

Sekolah tajaan MLLFS guna silibus Cambridge mudahkan pelajar layak ke universiti

- Oleh Syed Azwan Syed Ali

Sekolah kanak-kanak pelarian tajaan Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) dekat Wangsa Maju di sini, menggunaka­n silibus Cambridge, bagi memastikan semua murid sekolah itu mempunyai masa depan yang cerah.

Jasmin As Syam Education Centre yang beroperasi pada tingkat dua bangunan rumah kedai di Seksyen 1, Wangsa Maju itu, kini menjadi pusat ilmu kepada 50 kanakkanak pelarian berumur antara lima hingga 13 tahun termasuk 15 daripada Syria.

Guna silibus IGCSE

Ketua gurunya, Hasrol Sazli, 32, berkata sekolah itu beroperasi menggunaka­n dana MLLFS sejak Januari 2016 menggunaka­n silibus

(IGCSE) yang dibangunka­n di Cambridge.

Hasrol yang fasih berbahasa Arab, berkata kurikulum pengajiann­ya diajar mengikut standard IGCSE bagi membolehka­n semua pelajarnya memasuki universiti selepas menduduki peperiksaa­n khas ketika berusia 16 tahun.

“Di sini kanak-kanak pelarian Syria, Palestin, Iraq dan Yaman, diajar subjek sains, matematik, bahasa Inggeris, bahasa Arab dan fardu ain mengikut standard IGCSE Cambridge untuk memudahkan mereka layak memasuki universiti kelak,” katanya.

Kanak-kanak pelarian termasuk 15 anak imigran dari Syria, yang dibawa masuk ke Malaysia di bawah program perlindung­an sementara sejak Mei lalu, hadir ke sekolah dari Isnin hingga Jumaat dengan bayaran minimum RM50 sebulan.

Bayaran RM50 sebulan

“Yuran asal adalah RM150. Bakinya (RM100) ditanggung MLLFS dengan RM50 sebagai bayaran komitmen ibu bapa murid pelarian ini,” katanya menegaskan MLLFS turut menyediaka­n kemudahan pengangkut­an kepada semua pelajar terbabit.

Ketika mengunjung­i sekolah itu, kanak-kanak yang belajar di situ kelihatan mesra dengan sebilangan­nya bercakap dengan wartawan BH sambil memberitah­u betapa mereka gembira dapat belajar selepas melalui konflik dan peperangan.

“Terima kasih. Saya harap dapat pulang ke Syria dan kamu akan melawat kami nanti,” kata Ahmad Bashar Al Aydi, 11, dari Kem Yarmouk, Syria, yang kini fasih berbahasa Inggeris sejak mengikuti Sukarelawa­n dari Aleppo persekolah­an di situ.

Ahmad Bashar berlindung di Malaysia bersama ayah dan adiknya sejak penghujung tahun 2012 dan kali terakhir kanak-kanak itu bertemu ibunya, Rawiyah Ahmad di Lubnan, kira-kira empat tahun lalu.

Sukarelawa­n dari Aleppo, Muhammad Hassan Yahya, 17, yang berada di Malaysia sejak lima tahun lalu amat bersyukur kerana kerajaan dan rakyat Malaysia bersifat terbuka kepada pelarian Syria dan membenarka­n sekolah swasta itu dibuka.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana bawa pelarian Syria di Jordan ke sini sehingga (peperangan) selesai. Pendidikan amat penting untuk masa depan anak Syria,” kata Muhammad fasih berbahasa Melayu.

Sekolah As Syam ada lima guru dari Malaysia dengan majoritiny­a fasih berbahasa Arab bagi membolehka­n mereka mudah berkomunik­asi dengan pelajar yang kebanyakan­nya mengalami trauma akibat peperangan dan konflik.

 ??  ?? Kanak-kanak mangsa konflik dan peperangan kelihatan gembira dapat belajar di sekolah As Syam di Wangsa Maju.
Kanak-kanak mangsa konflik dan peperangan kelihatan gembira dapat belajar di sekolah As Syam di Wangsa Maju.
 ??  ?? Jasmin As Syam Education Centre di Wangsa Maju menyediaka­n guru fasih berbahasa Arab.
Jasmin As Syam Education Centre di Wangsa Maju menyediaka­n guru fasih berbahasa Arab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia