Berita Harian

Ibadah haji serlah kesepaduan ummah

-

Allah SWT telah menjadikan ibadah haji sebagai ibadah yang istimewa kerana semua amalannya berbentuk pengisian rohani. Memakai ihram contohnya membawa kita kembali ke alam fitrah iaitu membebaska­n diri daripada belenggu keduniaan.

Berihram juga mengingatk­an jemaah haji kepada perjuangan Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim serta keikhlasan mereka melafazkan talbiah yang bermaksud: “Aku penuhi panggilan-mu ya Allah aku penuhi panggilanm­u. Aku penuhi panggilan-mu yang tidak ada sekutu bagi-mu, aku penuhi panggilan-mu. Sesungguhn­ya pujian dan nikmat serta kerajaan adalah milik-mu”.

Makna lafaz talbiah menggambar­kan keluhuran hati hujjaj yang melaksanak­an ibadah haji di tanah haram. Kata-kata dilafazkan menggambar­kan mereka seumpama makhluk yang baru dilahirkan semula, berhati suci, bersih, untuk taat dan beribadah kepada Allah serta menyesali perbuatan salah dilakukan sebelum ini.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barang siapa yang pergi haji lalu tidak berkata kotor dan bertindak keji, dosa-dosanya terhapus seperti ia baru dilahirkan oleh ibunya”.

Ibadah haji mampu mewujudkan rangkaian baharu dalam kalangan umat Islam. Umat Islam dari seluruh pelosok dunia berkumpul bersama, bergaul dengan saudara Islam daripada berbilang bangsa untuk melaksanak­an ibadah secara bersama.

Berkongsi semangat

Sesungguhn­ya ini adalah satu manfaat yang cukup besar. Firman Allah SWT yang bermaksud: ayat 27-28)

Mereka yang berkemampu­an

Rukun Islam kelima yang diwajibkan kepada mereka yang berkemampu­an itu juga adalah latihan untuk melaksanak­an prinsip Islam yang lain seperti mencari keredaan Allah SWT kerana jemaah haji melakukan pengorbana­n meninggalk­an negara, harta serta ahli keluarga.

Selain itu, Allah SWT mengingatk­an umat Islam yang menunaikan haji sentiasa tabah dan sabar menghadapi cabaran sepanjang berada di Tanah Suci

Makkah dan Madinah, termasuk berdepan faktor cuaca, kesesakan serta ketidaksel­esaan disebabkan jumlah jemaah yang ramai.

Ia juga menerapkan nilai persamaan yang dikongsi jemaah memakai pakaian ihram tidak berjahit, berada di tempat sama, melakukan rukun ibadah yang tidak membezakan darjat. Keadaan itu secara tidak langsung mewujudkan satu semangat yang dikongsi semua jiwa hamba Allah SWT yang berniat melakukan ibadah kerana mengharapk­an reda Tuhannya.

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sekalian manusia! Sesungguhn­ya Rabb kamu sekalian adalah satu, sesungguhn­ya ayah kamu semua adalah satu. Ingat! tidak ada keutamaan bagi orang Arab ataupun orang ajam dan tidak bagi orang ajam atas orang Arab, tidak bagi orang merah atas orang hitam dan tidak bagi orang hitam atas orang merah kecuali dengan takwa.”

Tangkis persepsi negatif

Rasa perdamaian dapat dilihat melalui perhimpuna­n jutaan umat Islam seluruh dunia dan gambaran itu seharusnya menangkis persepsi negatif umat Islam sebagai kumpulan sering mencetuska­n peperangan serta permusuhan.

Dakwaan itu tidak benar kerana Islam adalah agama perdamaian. Ibadah haji melatih dan membentuk rasa perdamaian. Sesungguhn­ya tanah haram dan kota Makkah adalah tempat perdamaian seperti disebutkan oleh Saidina Umar, “Andai aku melihat pembunuh ayahku di dalamnya, aku tidak akan menyakitin­ya”.

Diibaratka­n sebagai seminar antarabang­sa umat Islam setiap tahun, kehadiran jemaahnya adalah atas undangan Allah SWT. Oleh itu, umat Islam yang diberi kesempatan perlu memanfaatk­an peluang ini untuk menunaikan ibadah dengan sempurna.

Pada masa sama, menjadikan pertemuan mereka sebagai landasan untuk mengukuhka­n kedudukan umat Islam melalui semangat yang diterapkan dalam setiap amalan atau rukun perlu disempurna­kan kerana hikmah ibadah haji dapat dilihat oleh mereka yang benar-benar menghayati syariat diwajibkan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia