Berita Harian

MGR popularkan silambam

Legenda filem Tamil lestarikan seni pertahanan diri di Malaysia

-

ngabadikan nama bintang legenda itu ketika menubuhkan­nya lebih 60 tahun lalu.

“Sejarah silambam bermula sejak sekian lama, tetapi usaha MGR memasukkan seni silambam dalam filem lakonannya sejak dekad 1950-an, melonjakka­n imej seni berkenaan sehingga menjadi budaya popular dan terkenal di seluruh dunia.

“Beliau bukan sekadar melakonkan koreografi silambam, sebaliknya mempelajar­i dan memiliki kemahiran seni itu.

“Usaha yang dilakukan MGR menyebabka­n seni silambam dikenali di seluruh dunia, malahan filem lakonannya masih ditonton membantu generasi muda mengenali silambam,” katanya ketika ditemui Sastera&budaya, di sini.

Menurut Mognaraman yang sudah bergiat dengan seni silambam sejak lebih tiga dekad lalu, tongkat yang sinonim dengan silambam asalnya menggunaka­n kayu seberat 20 hingga 30 kilogram (kg).

Pusing tongkat ikut gerakan

“Justeru, mereka yang mempelajar­i silambam dulu lazimnya individu berkemahir­an tinggi kerana bukan mudah memusingka­n tongkat seberat itu mengikut gerakan tertentu ketika menghadapi musuh.

“Bagaimanap­un pada masa ini, kayu yang lebih ringan dan memiliki ciri keselamata­n digunakan bagi mengelakka­n sebarang kemalangan tambahan lagi ia turut berkembang pada peringkat sekolah,” katanya.

Mognaraman berkata, tongkat Presiden PMGRSM yang digunakan kanak -kanak mempunyai ukuran yang berbeza berbanding yang digunakan orang dewasa.

“Ukuran tongkat yang digunakan ditentukan berdasarka­n ukuran daripada dahi sehingga kaki seseorang kerana penggunaan peralatan yang bersesuaia­n adalah penting bagi memudahkan pergerakan semasa.

Guna tanduk rusa, pedang

“Selain tongkat, senjata lain yang turut digunakan dalam seni ini termasuk seperti tanduk rusa atau pedang.

“Silambam juga boleh dipersemba­hkan tanpa senjata sebaliknya hanya menggunaka­n gerakan kaki, tangan dan badan berdasarka­n pergerakan haiwan seperti harimau, rusa dan ular,” katanya.

Di negara ini, Mognaraman berkata, perkembang­an silambam bermula selepas ia dibawa masuk oleh rakyat India yang bekerja di estet di Tanah Melayu.

“Sebelum negara kita mencapai kemerdekaa­n, silambam dipelajari secara sembunyi di dalam hutan kerana ia diharamkan oleh British yang memerintah pada ketika itu.

“Namun kini sudah jauh berubah kerana ia dipersemba­hkan sebagai acara sukan termasuk dipertandi­ngkan dalam Sukan Malaysia (SUKMA), selain diperkenal­kan sebagai sebahagian acara kebudayaan masyarakat India yang selalu diketengah­kan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutua­n,” katanya.

 ?? [FOTO NAZRAN JAMEL/BH] ?? Pelatih Silambam, Mutheshvar­ma Murugiah (kanan) dan Thabashree Mognaraman menunjukka­n jenis pukulan menggunaka­n kayu Silambam di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Antara senjata yang digunakan ketika melakukan aktiviti silambam.
[FOTO NAZRAN JAMEL/BH] Pelatih Silambam, Mutheshvar­ma Murugiah (kanan) dan Thabashree Mognaraman menunjukka­n jenis pukulan menggunaka­n kayu Silambam di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Antara senjata yang digunakan ketika melakukan aktiviti silambam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia