Berita Harian

11 polis Turki maut letupan bom

Ankara tuduh militan Kurdis dalang serangan berdarah di Cizre

-

PIstanbul negara mahu pun di luar. Perkembang­an menyedihka­n ini hanya meningkatk­an kesungguha­n kami sebagai satu negara bersatu,” kata Erdogan dalam satu kenyataan.

Dalam insiden berdarah itu pada jam 6.45 pagi (waktu tempatan) di bandar Cizre, serangan bom kereta turut mencederak­an hampir 80 orang, termasuk awam dengan bangunan disasarkan itu musnah.

Pengganas akan terima balasan

Menteri Kesihatan, Recep Akdag berkata empat yang cedera itu kini berada dalam keadaan kritikal.

Letupan itu berlaku beberapa jam selepas tentera Turki membedil kawasan ditawan militan Kurdis di dalam Syria. Ankara menyebut operasi tiga hari di negara yang dilanda konflik perang itu adalah yang terbesar setakat ini.

Ia terarah kepada misi memusnahka­n kawalan kedua-dua IS dan Kurdis di kawasan berkenaan.

Perdana Menteri, Binali Yildirim menuduh ia perbuatan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan itu serta melafazkan tekad akan segera memberi jawapan kepada penyerang, setimpal dengan perbuatan mereka.

Rakaman televisyen menunjukka­n kepulan asap hitam daripada trak yang berkecai itu selepas bangunan ibu pejabat tiga tingkat mengalami satu letupan amat kuat.

Menurut pejabat kerajaan Sirnak, tiga daripada yang cedera itu adalah orang awam. Kementeria­n Kesihatan menghantar 12 ambulans ke kawasan letupan bagi misi bantuan. AGENSI

 ??  ?? Pasukan polis Turki dan anggota bomba hadir membantu mangsa selepas letupan bom besar di Cizre, semalam.
Pasukan polis Turki dan anggota bomba hadir membantu mangsa selepas letupan bom besar di Cizre, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia