Berita Harian

Kerajaan isytihar darurat, misi cari mangsa pudar

-

Pescara Del Tronto: Kerajaan Itali mengisytih­arkan darurat di kawasan yang teruk dilanda gempa bumi ketika usaha mencari mangsa yang masih hidup semakin pudar selepas berakhir misi mencari yang masuk hari ketiga, semalam.

Perdana Menteri, Matteo Renzi sudah mengumumka­n akan memberi bantuan dana 42 juta pound (RM223 juta) untuk kerja pembinaan semula kawasan perkampung­an yang terjejas tempoh hari.

Angka maut kini dilaporkan meningkat 268 dengan 400 lagi cedera manakala petugas penyelamat terus menyambung usaha mencari mangsa dalam runtuhan batu membabitka­n kawasan kejadian di Amatrice, Arquata, Accumoli dan Pescara del Tronto.

Namun, ratusan gempa susulan menyukarka­n usaha kira-kira 5,000 anggota penyelamat itu. Satu lagi gegaran yang berukuran 4.7 magnitud berlaku awal pagi, semalam.

Ganda acara pengebumia­n

Itali merancang untuk mengadakan acara pengebumia­n 40 mangsa yang bakal diadakan berhampira­n dengan bandar Ascoli Piceno.

Hari berkabung sudah diumumkan apabila bendera negara itu dikibarkan separuh tiang di seluruh negara bagi menghormat­i mangsa yang terkorban, termasuk beberapa warga asing.

Jabatan Perlindung­an Awam di Rome berkata kira-kira 400 orang sudah dirawat di hospital akibat kecederaan sementara 40 daripada mereka dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. REUTERS

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Usaha mencari mangsa yang tertimbus dalam runtuhan kian pudar.
[ FOTO AFP ] Usaha mencari mangsa yang tertimbus dalam runtuhan kian pudar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia