Berita Harian

22 terbunuh bas terjunam ke sungai

-

Kathmandu: Seramai 22 orang terbunuh apabila sebuah bas yang penuh sesak terjunam ke dalam sungai di tengah Nepal, awal semalam, menurut seorang pegawai kanan tempatan.

Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mencari mayat dan membantu mereka yang tercedera selepas bas itu terjunam ke dalam sungai Trishuli, dekat lebuh raya di kampung Chandi Bhanjyang, wilayah Chitwan.

“Setakat ini, 22 orang terbunuh dan 16 lagi diselamatk­an. Mereka yang tercedera juga sudah dibawa ke hospital untuk rawatan,” kata ketua daerah, Binod Prakash Singh kepada AFP.

Usaha mencari diteruskan

Singh berkata, pasukan penyelamat masih mencari di sekitar bas yang separuh tenggelam itu bagi memastikan tiada penumpang yang terperangk­ap di dalamnya.

Ketika kejadian, bas itu dikatakan dalam perjalanan ke Pokhara dari daerah selatan Rautahat.

Kemalangan sering berlaku di lebuh raya Nepal berikutan keadaan jalan raya yang teruk, tidak diselengga­ra dengan baik dan memandu secara melulu.

 ?? [FOTO AGENSI] ?? Pasukan penyelamat masih mencari di sekitar bas yang separuh tenggelam dalam sungai Trishuli, dekat lebuh raya di kampung Chandi Bhanjyang, wilayah Chitwan, awal semalam.
[FOTO AGENSI] Pasukan penyelamat masih mencari di sekitar bas yang separuh tenggelam dalam sungai Trishuli, dekat lebuh raya di kampung Chandi Bhanjyang, wilayah Chitwan, awal semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia