Berita Harian

Thompson ungguli 100m Liga Berlian Lausanne

-

Lausanne: Juara dua acara pecut Olimpik, Elaine Thompson mengatasi masalah pada permulaan untuk menampilka­n larian hebat seterusnya memenangi acara kesukaanny­a 100 meter di Liga Berlian Lausanne di sini, kelmarin.

Thompson yang menjadi wanita pertama sejak pemegang rekod dari Amerika Syarikat (AS) Florence Griffith Joyner di temasya Seoul 1988 memenangi dua emas pecut Olimpik, mencatat masa 10.78 saat untuk kemenangan selesa manakala pelari AS, Jenna Prandini kedua dengan 11.11s.

“Pelbagai perkara terjadi pada permulaan dan kami terpaksa berlari semula. Untuk mencipta 10.78s pada cubaan kedua adalah sesuatu yang hebat,” kata Thompson sambil menambah dia tidak banyak berubah selepas penampilan di Rio.

Mcleod terkandas

“Saya adalah orang yang sama sebelum Olimpik. Bergelar juara berganda di Olimpik tidak mengubah apa-apa.

“Saya tidak sabar untuk kembali ke Jamaica bagi meraikanny­a dengan rakyat negara saya dan keluarga, tetapi sebelum itu saya akan berlari dalam beberapa perlumbaan di Eropah.”

Rakan sepasukan Thompson, Omar Mcleod terkandas dalam acara 110m lelaki dengan pelari Sepanyol kelahiran Cuba, Orlando Ortega menang dengan catatan 13.11s. Mcleod hanya sedikit ketinggala­n di belakang.

“Menang dan kalah adalah sebahagian daripada sukan ini,” katanya. “Saya gembira buat Orlando.

“Jika saya menang hari ini saya pastinya berpeluang merebut Perlumbaan Berlian tetapi saya tidak boleh banyak merungut.

“Rio adalah yang saya mahukan musim ini.”

 ??  ?? Thompson (kiri) menuju garis penamat acara 100m di Liga Berlian Lausanne, kelmarin.
Thompson (kiri) menuju garis penamat acara 100m di Liga Berlian Lausanne, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia