Berita Harian

United diundi kumpulan maut

Bertemu semula Van Persie yang mewakili Fenerbahce dalam kumpulan sama

-

Manchester United ditemukan semula dengan bekas penyerang, Robin van Persie selepas diundi dalam kumpulan ‘maut’ Liga Europa bersama Fenerbahce, Feyenoord dan Zorya Luhansk, semalam.

Juara Eropah tiga kali itu diundi dalam kumpulan kompetitif yang turut diisi Fenerbahce selepas juara Turki 19 kali itu terlepas tiket ke saingan Liga Juara-juara akibat tewas 4-3 menerusi agregat kepada AS Monaco di peringkat kelayakan.

Kelab Turki itu yang dikuatkan dengan kehadiran Van Persie ketika ini dikendalik­an bekas pengurus kebangsaan Belanda, Dick Advocaat. Kumpulan B:

Feyenoord yang juga kelab di mana Van Persie memulakan kerjaya bola sepaknya dan penyandang Piala Belanda beraksi di Liga Europa selepas menamatkan kempen Eredivisie musim lalu di tempat ketiga.

Zorya pula beraksi atas kapasiti sebagai kelab di tempat keempat Liga Ukraine musim lalu.

Satu lagi kelab Inggeris, Southampto­n dalam pada itu diundi bersama kelab Itali, Inter Milan, Sparta Prague dan Hapoel Be’er Sheva.

Kelab Sepanyol, Villarreal yang tewas di peringkat separuh akhir musim lalu diundi bersama bekas juara Eropah, Steaua Bucharest, FC Zurich dan Osmanlispo­r.

Musim lalu

Muka baru Liga Europa, Dundalk of Ireland diundi bersama AZ Alkmaar, Maccabi Tel Aviv dan Zenit St Petersburg yang menamatkan saingan Liga Juara-juara di peringkat 16 terakhir musim lalu.

Dua pasukan teratas daripada 12 pasukan akan melangkah ke pusingan 32 terakhir dan akan disertai lapan pasukan yang menamatkan saingan peringkat kumpulan Liga Juara-juara.

Perlawanan final dijadualka­n di Stockholm pada 24 Mei tahun depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia