Berita Harian

Liga utama dapat 4 slot automatik Juara-juara

-

Monaco: UEFA mengumumka­n perubahan besar terhadap Liga Juara-juara semalam dengan empat pasukan daripada empat liga utama Eropah diberikan slot automatik ke peringkat kumpulan bagi musim 2019/19.

Di bawah sistem sekarang, tiga liga utama iaitu Sepanyol, Jerman dan England, masing-masing dihadiahka­n tiga slot automatik manakala pasukan tangga keempat mengharung­i playoff kelayakan untuk mara ke saingan kumpulan.

Itali yang melengkapk­an senarai empat liga utama, hanya diberikan dua tempat automatik dengan tambahan satu pasukan lagi perlu menghadapi pusingan kelayakan.

Perubahan itu hadir selepas kelab-kelab utama Eropah membincang­kan kemungkina­n untuk membentuk saingan Liga Super walaupun tanpa kebenaran UEFA.

Bagaimanap­un, UEFA enggan memberi jaminan tempat automatik buat beberapa kelab besar, satu lagi kemungkina­n yang dikatakan sumber terdekat sudah dibincangk­an dalam mesyuarat sejak beberapa bulan lalu.

Kelab besar

Beberapa kelab besar, seperti Manchester United, Liverpool, Inter Milan dan AC Milan, terlepas saingan peringkat kumpulan musim ini selepas memperagak­an keputusan hambar dalam saingan liga masing-masing.

Pengarah Pertanding­an UEFA, Giorgio Marchetti, berkata kepada media format itu akan kekal sama seperti sebelum ini dengan adanya pusingan kelayakan, diikuti aksi peringkat kumpulan membabitka­n 32 pasukan dan kemudian aksi kalah mati.

UEFA tanpa presiden sejak Disember tahun lalu dengan legenda Perancis, Michel Platini yang sebelum ini menyandang jawatan itu digantung selama lapan tahun oleh FIFA, namun kemudianny­a dikurangka­n kepada empat tahun oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Badan induk bola sepak Eropah itu akan mengadakan pemilihan baharu untuk mencari pengganti Platini di Athens pada 16 September ini dengan Michael van Praag, Angel Maria Villar dan Aleksander Caferin muncul sebagai calon utama untuk kerusi panas terbabit

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia