Berita Harian

Cabaran besar Klopp di White Hart Lane

-

Liverpool memulakan kempen musim ini dengan kemenangan bergaya 4-3 menentang Arsenal tetapi seperti musim sebelumnya konsistens­i sekali lagi dipersoalk­an terutama apabila menentang pasukan seperti Burnley yang mengaibkan mereka, 2-0 pada minggu lalu.

Jurgen Klopp adalah seorang pengurus yang berkarisma, bertenaga dan inovatif dari segi taktikal tetapi Liga Perdana Inggeris sedang memberikan cabaran terbesar setakat ini dalam karier pengurusan beliau.

Pencarian untuk mendapatka­n seorang penyerang seperti Luis Suarez masih gagal lebih-lebih lagi dengan kekerapan kecederaan yang sentiasa menghantui Daniel Sturridge.

Liverpool punyai potensi

Saya melihat pasukan Liverpool sebagai pasukan yang mempunyai potensi untuk berada di empat teratas liga tetapi Klopp perlu memerah prestasi terbaik dari pemain pemain beliau terutama di tempat lawan seperti perlawanan minggu ini di mana mereka bertandang ke White Hart Lane.

Pasukan Mauricio Pochettino mengutip empat mata dari dua perlawanan dan sekali lagi mereka dilihat sebagai satu jentera kuat dan bukan untuk ditundukka­n walaupun kelihatan jauh dari tahap sebenar ketika menentang Crystal Palace minggu lalu.

Harry Kane masih berusaha untuk ke prestasi terbaik beliau selepas hambar ketika Euro 2016 untuk pasukan England tetapi Pocchetino bijak mengubah posisinya dengan menggunaka­n Vincent Janssen sebagai penyerang utama dan Kane kedua.

Saya menjangkak­an satu perlawanan dramatik dengan Liverpool akan memenangin­ya dengan keputusan tipis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia