Berita Harian

Conte buru kemenangan ketiga

-

London: Antonio Conte tampak sibuk dengan pemindahan pemain meskipun Chelsea menikmati permulaan musim mengagumka­n dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).

Barisan Conte dijadual bertemu Burnley di Stamford Bridge hari ini dengan meletak sasaran untuk meneruskan rekod tanpa kalah ketiga berturut-turut selepas menewaskan Watford dan West Ham sebelum ini.

Prestasi dipamerkan itu secara tidak langsung menunjukka­n kemampuan pengurus The Blues itu untuk mengatasi pemburuan gelaran selepas berdepan musim yang buruk tahun lalu.

Namun Conte bagaimanap­un dilihat masih lagi mahu mengikat sekurang-kurangnya dua lagi pemain baharu sebelum jendela pemindahan melabuhkan tirainya minggu depan.

Perkuat pertahanan

Prestasi awal Diego Costa dan pemain yang diikat pada pra musim lalu, Michy Batshuayi bagi mengemudi barisan serangan, seorang lagi penyerang terus kekal berada dalam senarai pengendali dari Itali itu.

Apapun, perancanga­n utama adalah untuk memperkuat­kan jentera pertahanan selepas AC Milan mengumumka­n yang mereka menolak tawaran STG30 juta (RM159.43 juta) dari Chelsea yang mahu mendapatka­n Alessio Romagnoli.

Milan menjelaska­n yang mereka tidak akan lagi menerima sebarang pendekatan bagi mendapatka­n pemain berusia 21 tahun itu dan dengan Napoli meletak harga di luar pasaran buat Kalidou Koulibaly, Conte sudah tentu perlu mencari pemain lain bagi memperkuku­hkan jentera pertahanan­nya.

Dalam satu kenyataan Milan berkata: “AC Milan menerima tawaran kewangan lumayan dari Chelsea untuk mendapatka­n Alessio Romagnoli.

“Pemain Milan itu bukan untuk dijual, jadi ia tidak akan mempunyai sebarang keputusan. Kami berterima kasih kepada kelab Chelsea dan Milan akan meneruskan hubungan baik ini.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia