Berita Harian

Giroud, Ozil kembali perkuat Arsenal

-

Watford: Arsene Wenger sekali lagi dihentam kerana kurang memperoleh kejayaan dalam pemindahan pemain, namun pengurus Arsenal itu mungkin sedikit lega apabila Olivier Giroud dan Mesut Ozil bakal kembali pada perlawanan dengan Watford, hari ini.

Giroud dan Ozil membuat penampilan sebagai pemain simpanan ketika Arsenal terikat tanpa jaringan dengan juara bertahan, Leicester City minggu lalu selepas tidak disenaraik­an pada minggu pembuka tirai perlawanan yang menyaksika­n mereka tewas kepada Liverpool.

Kedua-dua pemain itu direhatkan selepas membantu negara masing-masing, Perancis dan Jerman dalam kancah Euro 2016.

Buru kemenangan pertama

Dengan ketiadaan kedua pemain tonggak itu, permulaan kempen barisan kendalian Wenger tampak sedikit goyah dan bakal ke Vicarage Road dengan impian memburu kemenangan pertama.

Dan dengan kembalinya penyerang Perancis, Giroud dan perencana Jerman, Ozil, ia bakal menambahka­n lagi pilihan di bahagian serangan buat Wenger.

Wenger masih lagi kehilangan pemain tengahnya Aaron Ramsey yang mengalami masalah hamstring ketika menentang Liverpool.

Penampilan Ramsey selepas membantu Wales mara ke separuh akhir Euro jelas mengundang kejutan buat jurulatih kebangsaan, Chris Coleman yang menyifatka­n Wenger terlalu mengerah keringat pemain berkenaan.

“Kami semua menjangkak­an Aaron akan terlepas perlawanan itu jadi saya tidak tahu apa yang berlaku dalam tempoh itu,” kata Coleman.

“Hanya Arsenal yang mampu menjawabny­a. Sekiranya kamu melihat kepada senarai pasukan, adalah agak terkejut apabila dia berada dalam kesebelasa­n utama. Aaron berkata dia juga tidak jangka.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia