Berita Harian

Hafiz sokong Zulfadli sertai BAM

-

Petaling Jaya: Bekas pemain perseorang­an kebangsaan, Muhamad Hafiz Hashim menegaskan impian Zulfadli Zulkifli

untuk beraksi pada Olimpik Tokyo 2020 hanya boleh dicapai jika dia menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Juara Seluruh England 2003 itu, berkata hanya badan induk itu mampu menyediaka­n segala kemudahan yang diperlukan pemain bagi melakukan persiapan menghadapi persaingan di tahap tertinggi berbanding bergerak secara profesiona­l.

“Di BAM semuanya lengkap. Ada rakan sepelatih, jurulatih yang berpengala­man, program latihan sistematik, khidmat sains sukan dan peluang menyertai kejohanan yang lebih tinggi.

“Sepanjang berada di luar, tidak banyak keputusan positif atau kejayaan dihasilkan Zulfadli, jadi dia sepatutnya menyertai BAM,” kata Hafiz ketika dihubungi, semalam.

(gambar) Keputusan tepat

Hafiz yang pernah bersama Kelab Nusa Mahsuri turut menyertai BAM selepas itu dan terbukti keputusann­ya tepat apabila menamatkan penantian selama 50 tahun negaea dengan menjadi juara Seluruh England pada 2003.

Katanya, sudah tiba masa Zulfadli yang juga bekas juara remaja dunia 2011 membuat keputusan sendiri untuk menentukan hala tuju kerjayanya tanpa dipengaruh­i mana-mana pihak termasuk ahli keluarga.

“Saya harap Zulfadli boleh buat keputusan dengan tepat. Dia ada masa depan yang cerah untuk menjadi pemain terbaik dunia. Sekarang adalah masa yang terbaik untuk membuat perubahan demi kerjayanya.

“Jika ada kemahuan tinggi, dia pasti boleh lakukannya. Sekarang kita bukan mahu sekadar bercerita mengenai dia mampu melakukan kejutan ke atas pemain utama tetapi kita mahu dengar dia melakukan itu sehingga menjadi juara dalam kejohanan utama,” kata Hafiz.

Pemain berusia 23 tahun itu ketika ini dilatih oleh bapanya sendiri, Zulkifli Sidek.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia