Berita Harian

Bakat baharu penerjun usia muda

Andai ingin saingi China pada masa depan, kata jurulatih negara

-

Malaysia perlu mengasah bakat baharu penerjun daripada usia muda seandainya mahu setanding dengan China selaku kuasa utama sukan itu, kata jurulatih kebangsaan, Yang Zhuliang.

Menurutnya, ketika beliau masih bersama skuad kebangsaan China, penerjun muda republik itu sudah beraksi di kejohanan dunia pada usia semuda 14 tahun.

“Namun di sini, kita bermula agak lewat. Kebanyakan penerjun menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil pada usia 13 tahun, baru dilatih berikutan kemudahan latihan yang terhad,” katanya.

Zhuliang berkata jumlah penerjun negara yang layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro juga masih kecil dan Malaysia pasti memiliki peluang lebih besar seandainya ada kumpulan penerjun yang lebih ramai.

Perlu mula sekarang

“Kita perlu bermula dari sekarang jika mahukan keputusan yang lebih baik di Sukan Olimpik Tokyo 2020...kita tak mampu berehat,” kata jurulatih dari China itu yang kini memegang status penduduk tetap Malaysia.

Zhuliang berkata di Tokyo nanti, semua negara peserta termasuk Malaysia pasti mahu menewaskan China.

“China sudah membuktika­n mereka begitu kuat dalam sukan ini. Kita perlu bermula dari sekarang jika mahu menewaskan mereka,” katanya.

Zhuliang juga berkata Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) sudah memberikan cuti 10 hari kepada penerjun yang mengambil bahagian di Sukan Olimpik Rio.

Namun katanya jurulatih tidak boleh mengambil cuti panjang kerana perlu melatih skuad pelapis.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia