Berita Harian

Pandelela tunai janji keluarga

- Oleh Khairil S Iswan dan Helmi Talkah

Petaling Jaya: Selepas berhempas pulas dalam usaha meraih kejayaan di Olimpik Rio, tumpuan penerjun perak negara Pandelela Rinong kembali beralih terhadap pelajarann­ya.

Penerjun yang memenangi perak dalam acara 10 meter platform seirama bersama Cheong Jun Hoong itu mendedahka­n sebelum ini sudah berjanji kepada keluargany­a untuk kembali fokus terhadap pelajaran selepas temasya sukan itu berakhir.

Rehat 10 hari

“Saya sebelum ini sudah berjanji dengan keluarga yang pelajaran tidak akan saya ketepikan. Selepas fokus 100 peratus kepada Olimpik, tiba masanya kembali kepada pelajaran,” katanya pada majlis penghargaa­n XOX Mobile di sini, semalam.

“Saya sebenarnya belum menghabisk­an ujian. Selepas ini saya akan berjumpa dengan pensyarah dan berbincang mengenainy­a. Namun sebelum itu saya akan kembali ke kampung sebelum berlatih semula,” katanya yang mengikuti pengajian Sains Sukan di Universiti Malaya.

Mengakui tidak akan menyertai sebarang kejohanan dalam masa terdekat, Pandelela begitupun berkata dia hanya diberikan tempoh 10 hari untuk berehat sebelum kembali menjalani latihan.

Sementara itu, Jun Hoong berkata dia akan memberi tumpuan terhadap pemulihan kecederaan yang dihadapiny­a.

“Olimpik pada tahun ini sudah berakhir. Bagi saya, setiap kejohanan akan beri cabaran yang berbeza dan saya akan cuba dan memulakann­ya sekali lagi. Ketika ini, saya mahu berehat bagi memulihkan segala kecederaan, lama dan baru,” katanya.

Pandelela dan Jun Hoong semalam masing-masing menerima imbuhan sebanyak RM30,000 daripada XOX Mobile atas kejayaan mereka di Rio.

 ??  ?? Atlet terjun negara, Pandalela (kiri) dan Jun Hoong (dua kiri) ketika menjawab pertanyaan media di Menara Lien Hoe, semalam.
Atlet terjun negara, Pandalela (kiri) dan Jun Hoong (dua kiri) ketika menjawab pertanyaan media di Menara Lien Hoe, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia