Berita Harian

Nur Dhabitah fokus SPM

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Sepang: Sukan Olimpik Rio adalah aksi antarabang­sa terakhir buat Nur Dhabitah Sabri

pada tahun ini, berikutan dia kini perlu memberi tumpuan kepada peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada November ini.

Mengesahka­n perkembang­an itu, ibu kepada penerjun negara ini, Fazidah Jaafar, berkata anaknya itu sudah banyak ketinggala­n dalam pelajaran dan harus segera kembali fokus.

Berikutan itu, katanya, Nur Dhabitah perlu melupakan kejohanan Grand Prix FINA di Gold Coast, Australia pada 27 hingga 30 Oktober ini.

“Perancanga­n paling terdekat tahun ini buat Dhabitah adalah menduduki SPM walaupun selepas ini ada pertanding­an di Australia.

(gambar) Mesti duduki peperiksaa­n

“Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) pernah bertanya sama ada mahu membabitka­n Dhabitah atau pun tidak.

“Saya kata tak boleh kerana dia mesti menduduki SPM, kalau dia tidak ambil tahun ini tak tahulah tahun bila dia akan ambil,” katanya mengulas mengenai perancanga­n anaknya selepas Olimpik Rio.

Dhabitah adalah pelajar tingkatan lima Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ). Dia mewakili negara ke temasya Olimpik Rio menerusi acara terjun 10 meter (m) platform individu dan 3m papan anjal seirama berganding­an bersama Cheong Jun Hoong.

Sebelum ini atlet itu turut menegaskan dia perlu fokus dan bekerja keras untuk menghadapi SPM berbaki kira-kira dua bulan lagi.

Ketika disoal mengenai perancanga­n terhadap Dhabitah selepas Olimpik Rio, Fazidah berkata keluarga tidak akan menghalang untuk menyertai sebarang kejohanan selepas SPM termasuk Olimpik Tokto 2020.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia