Berita Harian

T-team turun tanpa dua tonggak

Mohd Azhari mengesahka­n Santos Cruz, Badrul Hisham tersisih akibat cedera

- Oleh Faizul Azlan Razak

Ketiadaan dua pemain termasuk penyerang import tidak menjejaska­n persiapan T-team berdepan FELDA United dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, esok.

Penolong jurulatih T-team Mohd Azhari Salim ketika menyatakan keyakinan itu berkata khidmat Patrick Dos Santos Cruz dan Badrul Hisham Morris tidak dapat digunakan kerana cedera ketika berdepan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rabu lalu.

Dos Santos Cruz beraksi di bahagian jentera serangan manakala Badrul Hisham perancang pasukan.

bersemanga­t

"Setakat ini, kita sahkan terpaksa mengetepik­an Badrul Hisham (Morris), tapi Patrick (Dos Santos Cruz) begitu bersemanga­t untuk beraksi menentang FELDA United.

"Namun, jika penyerang kelahiran Brazil ini tidak dapat diturunkan, kita tidak berdepan masalah kerana masih mempunyai pengganti," katanya kepada BH Sukan, di sini, semalam.

Ditanya peluang berdepan FELDA United, Mohd Azhari mengakui skuad The Titans akan berdepan dengan tugas berat dan bakal turun sebagai pasukan underdog dalam perlawanan itu.

Katanya, jika pemain mengekalka­n rentak seperti ketika menewaskan PDRM 2-1 di gelanggang lawan tempoh hari, tidak mustahil kejayaan akan memihak kepada Tteam.

"Saya yakin ketua jurulatih, Rahmad Darmawan sudah mempunyai ramuan dan taktikal terbaik untuk pertemuan dengan FELDA United.

"Apa yang penting, pemain perlu manfaat peluang beraksi di laman sendiri dengan mencari bekalan gol untuk aksi pusingan kedua di Jengka nanti," katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia