Berita Harian

Pemain muda Yob usah gentar

Weigang minta 5 pemain skuad Piala Presiden guna peluang tampil diri

- Oleh Azizan Hashim

Lima pemain muda skuad Piala Presiden yang dipilih menyertai pasukan Liga Super Perak dinasihatk­an supaya tidak gentar.

Nasihat itu diberikan oleh Karl Heinz Weigang kepada Muhammad Shazwan Zaifol, Mohd Shafiq Hashim, Muhd Amirul Wa’ie Yaacob, G Ganesh dan R Yuvaraj yang disenaraik­an mulai perlawanan menentang Pulau Pinang di Ipoh, Selasa lalu.

Dalam aksi itu, Shazwan Zaifol diturunkan dalam kesebelasa­n permulaan tuan rumah yang menang 4-1.

Ambil peluang

“Kenapa mereka perlu gentar sedangkan saya tidak takut untuk memberi mereka peluang beraksi di peringkat tinggi. Saya yang patutnya cuak kerana mempertaru­hkan pemain muda.

“Jadi saya berharap mereka akan mengambil peluang untuk menimba sebanyak ilmu dan pengalaman,” kata pengendali Perak itu ketika mengulas mengenai pemilihan lima pemain terbabit.

Weigang berkata dia terpaksa memilih pemain berkenaan kerana menghadapi masalah kecederaan pemain yang meruncing.

“Saya terpaksa pinjam mereka kerana kekurangan pemain apabila Kancil (Hafiz Ramdan) serta Norhakim Isa mengalami kecederaan.

“Dengan kehadiran pemain muda ini, ia mengurangk­an masalah kami walaupun saya berharap salah seorang akan sembuh,” katanya.

Weigang berkata dia perlu melihat program jurulatih Piala Presiden terhadap pemain terbabit sebelum boleh membuat keputusan muktamad mengenai kedudukan mereka.

 ??  ?? Perak terpaksa mengenepik­an Hafiz (kiri) dalam saingan Liga Super akibat kecederaan.
Perak terpaksa mengenepik­an Hafiz (kiri) dalam saingan Liga Super akibat kecederaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia