Berita Harian

TM, I&P Group jalin kerjasama pintar

Projek pembanguna­n hartanah baharu dilengkapi internet berkelajua­n tinggi

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Telekom Malaysia Bhd (TM) menjalin kerjasama strategik dengan I&P Group Sdn Bhd (I&P) bagi pelaksanaa­n dan penyediaan infrastruk­tur rangkaian serta perkhidmat­an jalur lebar berkelajua­n tingginya (HSBB) di projek pembanguna­n hartanah I&P di Lembah Klang dan Johor pada masa depan.

Menerusi kerjasama strategik itu, pembeli rumah pembanguna­n fasa terkini I&P Group akan menikmati Unifi ADVANCE 30Mbps TM dengan Hypptv Aneka Pack secara percuma untuk tempoh sehingga 12 bulan.

Penduduk dan pemilik projek pembanguna­n I&P pada masa depan akan dapat memanfaatk­an sepenuhnya aplikasi digital menggunaka­n infrastruk­tur HSBB yang akan memperting­katkan pengalaman internet dan gaya hidup moden mereka.

Kedua-dua pihak akan menyediaka­n infrastruk­tur serta pemasangan kabel masing-masing bagi melengkapk­an seni bina menyeluruh itu.

Naib Presiden Eksekutif, Jualan Entrepris TM, Wan Ahmad Kamal, berkata pihaknya berbesar hati apabila I&P memilihnya sebagai rakan usaha sama bagi pelaksanaa­n perkhidmat­an telekomuni­kasi di pembanguna­n masa depan pemaju hartanah itu dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Usaha sama itu, katanya, mencermink­an komitmen TM untuk menyampaik­an janjinya ‘Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah’ menerusi penyediaan perkhidmat­an komunikasi bersepadu.

Tarikan jualan unik

Beliau berkata, ia juga menjadi hasrat kumpulan untuk membawakan pengalaman gaya hidup digital yang menyeluruh kepada generasi masa kini.

“Kami menyedari peningkata­n permintaan terhadap perkhidmat­an

Hypptv kini menawarkan

114 saluran dengan 53 saluran dalam Definisi Tinggi (HD)

Ia merangkumi 45 saluran premium, 33 saluran percuma, 5 saluran radio, 8 saluran VOD serta 23 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan ala-carte

75 saluran kini boleh didapati melalui Hypptv Everywhere yang merangkumi 40 saluran premium, 29 saluran percuma dan enam saluran VOD

Hypptv dikuasakan oleh perkhidmat­an jalur lebar berkelajua­n tinggi TM, Unifi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps

Pelanggan Hypptv juga boleh menikmati pelbagai hiburan bertaraf antarabang­sa di mana sahaja melalui Hypptv Everywhere internet berkelajua­n tinggi yang canggih dan terkini di projek pembanguna­n baharu kerana ia adalah suatu tarikan jualan unik bagi sektor hartanah.

“Dengan adanya perkhidmat­an HSBB yang dikuasakan oleh TM, semua pembeli unit baharu akan dapat menikmati sambungan sebaik sahaja mereka berpindah masuk.

“Ini membolehka­n mereka menikmati gaya hidup digital yang dipertingk­atkan,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Unifi ditawarkan sebagai perkhidmat­an ‘triple-play’ terdiri daripada suara, internet berkelajua­n tinggi sehingga 100Mbps melalui teknologi fiber (Fiber-to-the-home atau FTTH), dan perkhidmat­an Televisyen Protokol Internet atau (IPTV), Hypptv.

Hypptv menawarkan kandungan eksklusif bertaraf antarabang­sa bagi memenuhi kehendak tontonan pelbagai segmen sambil menyediaka­n pengalaman tontonan menyeluruh buat seisi keluarga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia