Berita Harian

Untung kasar Pos Malaysia naik

-

Pos Malaysia Bhd mencatatka­n keuntungan sebelum cukai RM41.993 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2016, meningkat 28 peratus berbanding RM32.684 juta pada suku sama tahun lalu.

Pendapatan­nya melonjak 6.5 peratus kepada RM415.869 juta daripada RM390.366 juta yang diraih pada suku pertama 2015.

Perniagaan penghantar­an

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, berkata peningkata­n pendapatan itu sebahagian besarnya disumbangk­an pertumbuha­n kukuh perniagaan penghantar­an.

Katanya, syarikat kekal berdaya tahan menghadapi persekitar­an operasi yang mencabar ketika ini serta terus fokus dalam program transforma­si kepada perkhidmat­an logistik sehenti bersepadu sepenuhnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia