Berita Harian

Teraju lancar subdana Mudahcara

-

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan melancarka­n program pembiayaan subdana Mudahcara bernilai RM100 juta di bawah Dana Pemudahann­ya pada akhir suku ketiga 2016 bagi membantu syarikat Bumiputera untuk melaksanak­an projek mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Datuk Husni Salleh, berkata subdana itu akan berfungsi sebagai pemudahcar­a serta melancarka­n projek yang dijalankan syarikat Bumiputera dan dilaksanak­an dengan kerjasama SME Bank.

Pemudahan kepada projek

“Kadang-kadang syarikat Bumiputera kekurangan modal atau pembiayaan bank tidak cukup dan ini adalah satu kekangan kepada syarikat terbabit.

“Kami akan melancarka­n pinjaman subdana Mudahcara itu sebagai pemudahan kepada projek. Ia akan menjadi pinjaman sekunder yang didapatkan daripada bank lain oleh syarikat dan tempoh bayaran balik akan dilanjutka­n,” katanya di luar acara Sesi Perangkaia­n Teras kedua dengan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia