Berita Harian

Bursa sasar kumpul RM1.8J

25 pihak terima sumbangan dijana larian Bull Charge tahun ini

- Oleh Lum Chee Hong

Bursa Malaysia menyasarka­n untuk meraih sumbangan sebanyak RM1.8 juta daripada larian amal tahunan Bursa Bull Charge 2016 pada 8 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Tajuddin Atan, berkata jumlah sumbangan itu berdasarka­n kepada jumlah kutipan daripada peserta dan penaja.

“Bagaimanap­un, buat masa ini, kita masih belum lagi mengetahui jumlah sebenar sumbangan yang diterima,” katanya ditemui selepas majlis pelancaran Bursa Bull Charge kali ketiga di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Pengurus Projek Bursa Bull Charge, Intan Ruhanida Ramli.

Penerima sumbangan

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata, secara keseluruha­nnya sebanyak 25 pihak akan menerima sumbangan yang dijana menerusi larian berkenaan, termasuk badan kebajikan.

“Daripada jumlah itu, lapan ialah penerima manfaat, manakala selebihnya badan kebajikan,” katanya.

 ??  ?? Tajuddin (enam dari kanan) pada majlis pelancaran Bursa Bull Charge kali ketiga di Kuala Lumpur, semalam.
Tajuddin (enam dari kanan) pada majlis pelancaran Bursa Bull Charge kali ketiga di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia