Berita Harian

Pemaju perlu bina rumah ikut kemampuan rakyat

Projek mampu milik beri harapan golongan pendapatan rendah miliki kediaman

- Oleh Nurhayati Abllah

dapatkan rumah impian mereka.

Hanya pelabur asing mampu

Namun sejauh mana ramalan itu boleh menjadi realiti perlu bergantung kepada situasi ‘menangmena­ng’ antara pembeli dan pemaju hartanah.

Dalam hal ini, pemaju harus merancang perumahan baharu mengikut kemampuan rakyat, bukannya membangunk­an projek berstatus ‘premium’ yang hanya mengikut ‘idaman’ golongan mewah dan mampu dimiliki pelabur asing.

Perunding Hartanah, Khalil Adis, berpendapa­t, jurang antara permintaan dan penawaran industri hartanah semakin melebar disebabkan kadar pertumbuha­n bilangan rumah yang tidak seimbang.

“Rumah mampu milik umpamanya mencatatka­n kadar pertumbuha­n lebih perlahan daripada kadar pertumbuha­n permintaan­nya.

“Pemaju lebih cenderung untuk merancang projek perumahan baharu yang menumpukan golongan bergaji tinggi atau pelabur asing, sebaliknya keperluan rumah bagi rakyat golongan pertengaha­n dan ke bawah masih ketinggala­n,” katanya kepada BH ketika dihubungi, baru-baru ini.

Selain itu katanya, masalah berlaku juga disebabkan kesukaran mendapat data tepat bagi keperluan permintaan dan penawaran rumah terutama rumah mampu milik di seluruh negara.

“Dalam hal ini, kerajaan menerusi agensi dan pihak berkaitan perlu menjadi ‘orang tengah’ antara pemaju dan rakyat bagi memastikan data mengenai keperluan rumah dapat diperoleh dengan jelas.

“Pada masa sama, kerajaan harus memberi isyarat dan lebih tegas dalam melaksanak­an peraturan bagi memastikan pemaju membangunk­an projek mereka dengan lebih memfokuska­n kepada golongan yang memerlukan,” katanya yang turut menambah bekalan rumah medium dan mewah terlalu banyak tetapi tidak ramai pembeli disebabkan pelbagai faktor antaranya situasi ekonomi kurang memberangs­angkan.

Inisiatif bantu pembeli

Sebagai langkah bersama, seharusnya pemaju lebih mempelbaga­ikan inisiatif mereka dalam membantu kumpulan pembeli terutama di kalangan golongan berpendapa­tan sederhana selain generasi muda.

Khalil berkata, berdasarka­n pemerhatia­nnya, pemaju hartanah UM Land contohnya, yang kini melancarka­n projek Albury di Semenyih dilihat mengadakan pasukan khas yang berperanan membantu pembeli melunaskan hutang pinjaman universiti mereka dengan mengadakan rundingan dengan bank.

“Usaha yang dilakukan pemaju berkenaan memberi peluang kepada generasi muda untuk memiliki rumah sendiri meski pun berdepan dengan kekangan pinjaman pelajaran sebelum ini,” katanya.

Bagaimanap­un, apa yang diutamakan ialah mewujudkan situasi ‘menang-menang’. Semua pihak mempunyai peranan masing-masing, sama ada pemaju perlu ‘mengikis’ sikap yang berorienta­sikan keuntungan sematamata, manakala pembeli juga perlu mengetahui sebaiknya hak mereka.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Pembinaan rumah mampu milik rapatkan jurang permintaan dan penawaran industri hartanah.
[ FOTO HIASAN ] Pembinaan rumah mampu milik rapatkan jurang permintaan dan penawaran industri hartanah.
 ??  ?? Khalil Adis, Perunding Hartanah
Khalil Adis, Perunding Hartanah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia