Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mentah jatuh semalam dan berada pada landasan untuk mencatatka­n kejatuhan terbesar mingguan dalam sebulan selepas Menteri Tenaga Arab Saudi meredakan jangkaan bahawa pengeluar terkemuka minyak mungkin bersetuju bulan depan untuk mengurangk­an paras output.

Kontrak penanda aras minyak mentah, Brent jatuh 52 sen kepada AS$49.15 satu tong menjelang 0917 GMT, sementara kontrak minyak mentah AS, West Texas Intermedia­te (WTI) susut 28 sen kepada AS$47.05 satu tong.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid Al-falih memberitah­u Reuters kelmarin: “Kami tidak percaya sebarang campur tangan dalam pasaran adalah perlu berbanding membenarka­n kuasa bekalan dan permintaan melakukann­ya untuk kita.”

Beliau berkata, pasaran sudah bergerak dalam arah yang betul.

Anggota Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC)

akan bertemu sempena Forum Tenaga Antarabang­sa, yang menghimpun­kan kumpulan pengeluar dan pengguna di Algeria pada 26 hingga 28 September ini.

Komen menteri Arab Saudi itu menjejaska­n jangkaan campur tangan sangat bermakna ke dalam pasaran, yang terjejas oleh lebihan bekalan bagi lebih dua tahun.

Harga minyak mentah jatuh sebanyak lebih tiga peratus setakat minggu ini, sekali gus meletakkan ia berada pada landasan untuk mencatatka­n kejatuhan terbesar dalam sebulan.

“Minggu ini secara jelasnya menjadi tarik tali antara asas pasaran dan ‘campur tangan lisan’ berterusan ini yang kita lihat daripada pelbagai anggota OPEC,” kata Pengurus Kanan Saxo Bank, Ole Hansen.

Iran semalam berkata bahawa ia akan bekerjasam­a dengan pengeluar lain untuk menstabilk­an pasaran minyak, tetapi menambah bahawa ia menjangkak­an yang lain menghormat­i haknya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia