Berita Harian

Sentuhan luaran lonjak bursa

FBM KLCI menokok 2.79 mata untuk tutup 1,683.09

-

Ia dibuka 4.89 mata lebih rendah kepada 1,675.41 pada jam 9 pagi dan turun naik di antara 1,673.87 mata dan 1,683.38 mata sepanjang hari.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata pelabur yakin ekonomi terbesar dunia itu tidak akan menaikkan kadar faedah dalam waktu terdekat walaupun ekonominya bertambah baik.

“Yellen dijangka memberi petunjuk malam ini yang ekonomi AS semakin kukuh tetapi kadar faedah tidak akan dinaikkan dalam mesyuarat dasar kewangan akan datang,” katanya.

Kaunter untung atasi rugi

Di papan skor, Indeks Emas FBM meningkat 25.82 mata kepada 11,801.42, Indeks FBMT100 menambah 25.09 mata kepada 11,514.58 dan Indeks Syariah Emas FBM menokok 21.80 mata kepada 12,439.94.

FBM 70 naik 51.33 mata kepada 13,576.16 dan FBM Ace meningkat 65.46 mata kepada 5,370.24.

Dari segi sektor, Indeks Kewangan menambah 30.82 mata kepada 14,446.27, Indeks Perladanga­n menokok 10.92 mata kepada 7,806.67 dan Indeks Perusahaan naik 0.29 mata kepada 3,153.28.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 441 berbanding 360 manakala 378 kaunter tidak berubah, 525 tidak diniaga dan 57 lagi digantung.

Jumlah dagangan harian jatuh kepada 1.49 bilion unit bernilai RM1.39 bilion daripada 1.74 bilion unit bernilai RM1.89 bilion kelmarin.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, TNB melonjak 16 sen kepada RM14.90 dan Maybank naik 10 sen kepada RM8.

Public Bank susut empat sen kepada RM19.70, IHH merosot 13 sen kepada RM6.52 manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM6.70.

Antara saham aktif, Airasia X rugi 1.5 sen kepada 38 sen.

Dagang Nexchange dan Vivocom menambah satu sen tiap satu masing-masing kepada 25.5 sen dan 28 sen, Censof menokok tiga sen kepada 24.5 sen dan Airasia naik tujuh sen kepada RM2.93.

Waran meningkat

Jumlah dagangan Pasaran Utama jatuh kepada 968.97 bilion unit bernilai RM1.3 bilion berbanding 1.13 bilion unit bernilai RM1.79 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 195.96 juta saham bernilai RM46.82 juta berbanding 292.13 juta unit bernilai RM46.23 juta kelmarin.

Waran meningkat 326.28 juta unit bernilai RM42.45 juta berbanding 314.14 juta unit bernilai RM46.06 juta sebelum ini.

Produk pengguna menyumbang 106.1 juta saham diniaga di Pasaran Utama, produk industri (141.36 juta), pembinaan (48.09 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (390.29 juta), teknologi (120.82 juta), infrastruk­tur (13.93 juta), SPAC (30.26 juta), kewangan (38.66 juta), hotel (159,500), hartanah (48.54 juta), perladanga­n (19.58 juta), perlombong­an (9,500), REIT (11.08 juta) dan tertutup/dana (41,200).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia