Berita Harian

‘Sherry tak dapat terima kenyataan’

Fattah pendam luka apabila diri dipersalah kerana enggan dedah punca percintaan berakhir

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Srajamawar@bh.com.my

udah suratan takdir, hubungan cinta aktor, Fattah Amin, 26, dan Sherry Ibrahim, 33, tidak berakhir ke jenjang pelamin.

Lebih dua tahun melayari cinta, malah pernah merancang untuk bersatu sebagai suami isteri tahun depan, namun takdir menentukan segala-galanya.

Atas sebab yang terlalu peribadi untuk dikongsi, Fattah dan Sherry sepakat berpisah selepas tidak mampu menyelamat­kan hubungan yang bergelora sejak beberapa bulan lalu. Fattah terpaksa membuka mulut selepas wartawan dapat menghidu kisah putus cinta mereka.

Pada mulanya, pelakon yang melonjak populariti menerusi drama

dan itu ingin memendamka­n terlebih dulu kisah pahit mereka kerana ingin memberi ruang kepada dirinya serta Sherry bernafas.

Sejurus selepas membuat kenyataan itu, Fattah yang sibuk di lokasi penggambar­an filem pertamanya,

arahan Syafiq

Yusof terus mendiamkan diri.

Kenyataan di laman sosial

Sherry pula bercuti ke Doha dan hanya membuat kenyataan menerusi laman sosial, Instagram. Namun, kemelut antara mereka tidak berakhir di situ.

Pelbagai tuduhan keterlalua­n dilemparka­n kepada Fattah, ditambah pula dengan berita yang mengaitkan­nya dengan dua gadis iaitu usahawan tudung, Hanis Arif dan terbaharu, pelakon jelita, Mira Filzah sebagai orang ketiga menjadi punca perpisahan mereka. Ikuti luahan hati Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin.

menyebabka­n Fattah dan Sherry berpisah sedangkan sudah membuat perancanga­n untuk berkahwin tahun depan?

Biarlah hanya saya dan Sherry yang tahu punca utama kami berpisah. Ia terlalu peribadi untuk dikongsi, malah saya juga tidak mahu kenyataan yang diberikan akan mengaibkan sesiapa. Apa yang dapat saya katakan, jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan.

Terlalu banyak tuduhan yang dilemparka­n, malah ada yang menuding jari menyalahka­n Fattah sebagai punca perpisahan. Mengapa tidak membela diri?

Apabila saya enggan mendedahka­n punca perpisahan, terlalu banyak persepsi buruk ditujukan kepada saya. Saya terpukul dengan andaian umum, terutama apabila ada yang mengatakan saya lupa diri apabila sudah popular. Ada juga yang membangkit­kan, saya hanya memperalat­kan Sherry dan menggunaka­nnya untuk kesenangan diri. Jika ikutkan emosi, saya pasti terganggu dengan pelbagai tuduhan dan tidak boleh bekerja. Bagaimanap­un, saya tidak mahu terlalu mengikut hati. Mereka hanya kenal saya di kaca televisyen, bukan secara peribadi. Saya terima segala kutukan yang dilemparka­n walaupun hati saya terluka.

Bagaimana timbul tuduhan Fattah memperalat­kan Sherry untuk kepentinga­n diri?

Saya tidak faham mengapa saya dikatakan lupa diri dan memperalat­kan Sherry untuk menaikkan populariti. Kami berkawan ketika sama-sama berlakon dalam drama, Ketika itu, saya sudah memegang watak hero, bukan pelakon sampingan atau ekstra.

Saya tidak pernah menggunaka­n atau menumpang populariti Sherry, jauh sekali mengikis wang ringgitnya. Selepas

projek drama saya tidak putus. Sepanjang dua tahun ini, saya kurang rehat kerana bekerja keras untuk membina nama dan populariti. Saya tidak menumpang populariti orang lain.

Bagaimana dengan dakwaan yang mengaitkan Fattah dan usahawan tudung?

Saya mengenali Hanis

Arif sejak tiga tahun lalu. Beberapa hari sebelum membuat pengakuan kami berpisah, saya bertemu

 ??  ?? Playboy Itu Suamiku, Bencinta Mr Perfect KL Special Force Hello Ibadah, Cinta Ibadah. Cinta
Playboy Itu Suamiku, Bencinta Mr Perfect KL Special Force Hello Ibadah, Cinta Ibadah. Cinta

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia