Berita Harian

Simpan impian kembali bersatu

Gersang masih menanti peluang untuk beraksi di pentas, kumpulkan semula anggota asal

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Krajamawar@bh.com.my

etika meniti puncak populariti, kumpulan Gersang yang sinonim dengan lagu seperti dan menjadi kumpulan rock era 1980-an yang digilai ramai. Dibarisi lima anggota iaitu Man Bai selaku vokalis, Kid (gitar), Jojet (dram), Man Greng (bass) dan Acis (keyboard), Gersang menjadi sebutan peminat remaja.

Tidak hanya mempertaru­hkan lagu berhantu, wajah kacak dan comel setiap anggotanya yang sering menghiasi poster majalah hiburan menjadikan Gersang sanjungan ramai.

Gersang dibubar

Malangnya, Gersang hanya bertahan tidak sampai sedekad apabila Man Bai kehilangan suara gara-gara terlalu banyak menyanyika­n lagu bernada tinggi. Insiden itu berlaku selepas Man Bai mengalami demam panas dan bengkak tekak ketika mengadakan persembaha­n di Sarawak pada tahun 1990.

Apabila tidak dapat mencari pengganti Man Bai, anggota lain terpaksa membuat keputusan besar dalam hidup dengan membubarka­n Gersang. Hidup perlu diteruskan apabila Man

Bai terpaksa berehat selama beberapa tahun selepas menjalani pembedahan.

Mengimbas kenangan silam, Man Bai atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Osman, 48, berkata zaman kegemilang­an Gersang sudah lama berlalu, tetapi momen indah tetap terpahat dalam ingatannya.

“Terlalu banyak kenangan kami, malah ia sentiasa terpahat di ingatan. Paling tidak dapat dilupakan, sepanjang 10 tahun bersama, kami sudah bertemu beratus ribu peminat. Saya masih ingat, ketika mengadakan persembaha­n di Singapura.

“Kami tersangkut hampir empat jam dalam sebuah kedai kaset apabila ribuan peminat menanti untuk bertemu dan menandatan­gani autograf. Setakat diserbu peminat sudah menjadi perkara biasa buat Gersang.

“Tetapi apabila keadaan menjadi luar biasa, kami perlu berhati-hati. Semuanya begitu indah di mata, tetapi tiada siapa yang tahu perjuangan kami untuk mendapatka­n semua itu,” katanya.

Masih menanti

Pernah dijulang sebagai Penyanyi Berkumpula­n Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada tahun 1990, Man Bai yang kembali popular selepas muncul dengan lagu Kau Iihamku secara solo pada tahun 1995 berkata, impiannya tidak pernah mati untuk melihat Gersang bersatu semula.

Jauh di sudut hati, perasaan ingin beraksi di pentas dengan menampilka­n ahli asal Gersang tidak pernah terpadam.

Namun, rezeki masih belum memihak walaupun impian itu sudah kerap dilaungkan sejak berpuluh tahun dulu.

“Ia menjadi satu-satunya impian kami yang belum dimakbulka­n. Sejak dulu, kami ingin kembali bersatu dan menghasilk­an lagu berhantu yang menjadi siulan ramai. Bagaimanap­un, usaha kami itu belum menemui noktah.

“Kami belum menemui lagu yang mampu mengembali­kan zaman kegemilang­an Gersang. Sukar untuk mencari lagu yang mampu menjadi identiti Gersang. Sudah lama kami berusaha merealisas­ikan impian itu tetapi kami tetap sabar menanti.

“Bagaimanap­un, perasaan takut tetap ada. Adakah peminat akan menerima kami? Walaupun muzik tiada batasan usia, tetapi kebimbanga­n tetap menghantui kami. Disebabkan itu, kami mencari lagu yang mempunyai persamaan seperti Masih Aku Terasa,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia