Berita Harian

Enam tahun tidak menyanyi

-

Tidak kesal apabila Gersang terpaksa dibubarkan pada tahun 1990, Man Bai berkata, ia tidak dapat dielakkan apabila dirinya berdepan dengan masalah sakit tekak yang mengambil masa yang lama untuk pulih. Walaupun sudah membawa haluan masingmasi­ng, mereka masih berhubung dan bertanya khabar.

Kali terakhir Gersang muncul bersama dalam Konsert Inspirasi MuzikMuzik TV3 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 2010.

“Sambutanny­a memang luar dugaan, malah kami terharu kerana masih ramai yang mengingati lagu Gersang,” katanya.

Man Bai berkata, mereka jarang bertelagah ketika bersama. Sekalipun bertikam lidah, ia hanya berkisar mengenai nyanyianny­a kerana mereka enggan menurunkan nada asal lagu.

“Suara saya jadi serak kerana mereka bertegas mahu mengekalka­n nada asal lagu. Dulu, ilmu dan pengetahua­n kami tidak meluas. Saya jadi mangsa apabila terlalu kerap menyanyika­n lagu bernada tinggi. Hampir enam tahun saya tidak boleh menyanyi lagu bernada tinggi selepas menjalani pembedahan.

“Bagaimanap­un, saya berbangga kerana mempunyai identiti suara tersendiri,” katanya.

Terima kenyataan putaran hidup

Man Bai berkata, dirinya masih aktif menerima undangan. Tidak kira kecil atau besar, dia berbesar hati menerima pelawaan.

“Saya sudah lama menerima kenyataan, saya bukan lagi bintang rock. Kehidupan saya sama seperti orang lain, biarpun dulu pernah memacu nama di puncak populariti.

“Saya akui jarang keluar TV atau akhbar, tetapi bukan bermakna sudah meletakkan noktah dalam perjuangan seni. Alhamdulil­lah, saya masih mampu bernafas walaupun hanya menerima satu atau dua undangan persembaha­n setiap bulan.

“Saya tidak malu melakukan kerja lain, malah pernah menjadi kru ketika bekerja dengan Roslan

Aziz Production. Ketika itu, saya baru menjalani pembedahan tekak. Saya menjadi tenaga balik tabir untuk persembaha­n Datuk Sheila Majid dan Datuk Zainalabid­in.

“Saya tidak malu kerana banyak ilmu yang diperoleh. Bukan hanya menjaga artis besar, saya juga belajar ilmu jurutera muzik.

Dari situ, saya yakin untuk menjadi penerbit menerusi lagu Kau Ilhamku. Lagu itu ciptaan kawan lama saya yang juga guru sekolah, Asmin Mudin,” katanya yang diundang menyampaik­an lagu itu pada kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-28 pada 3 September ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Kumpulan Gersang pada zaman kegemilang­an mereka.
Kumpulan Gersang pada zaman kegemilang­an mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia