Berita Harian

Cerita utama

- Oleh Syarrizuan Abdul Rashid

Lebih dua dekad figura yang memiliki senyuman menawan ini menempatka­n diri dalam radar industri hiburan tanah air. Pemilik nama Rohaizah Nordin ini mengukir graf kerjaya seninya dengan cara tersendiri tanpa sebarang kontrovers­i menjengkel­kan untuk memastikan dirinya terus relevan.

Bermula dengan genre dangdut sekitar tahun 1995, wanita ini bergerak membina nama perlahan-lahan hingga memiliki jenama dan identiti tersendiri. Single pertamanya berjudul

terus melekat hingga menjadi pengenalan diri setiap kali bertemu khalayak.

“Saya bangga bermula dengan genre dangdut ketika masih bersekolah di Tingkatan Tiga. Saya tidak menyangka pertama itu membantu saya untuk terus dikenali. Hingga ini, masih ramai yang memanggil saya Haiza Dag Dig Dug.

Tak mudah bertahan

“Bukan mudah untuk bertahan dalam arena seni ini kerana perubahan dan persaingan silih berganti, apatah lagi industri muzik juga pantas meniti evolusi,” katanya.

Haiza, 36, dipilih sebagai simbolik sambutan Hari Kebangsaan Ke-59, selari dengan momen manis yang membawanya ke tahap membanggak­an. Sebagai anak seni, Haiza berada pada kelas tersendiri sepanjang 21 tahun berada dalam bidang ini.

“Saya anggap diri biasabiasa saja, malah tidak sedar impak yang sedang berlaku dalam kerjaya seni. Dunia seni adalah gelanggang mencari rezeki dan haluan yang saya pilih.

“Setiap kepercayaa­n yang diberikan, sudah tanggungja­wab untuk saya sempurnaka­n sebaik mungkin,” katanya merendah diri.

Hampir hilang punca

Anak kelahiran Benut,

Johor ini juga tidak pernah menyesal memilih nyanyian sebagai kerjaya meskipun pernah hampir hilang punca, suatu ketika dulu. Akui

Haiza, dirinya pernah hampir mengaku kalah ketika genre dangdut yang dibawanya tidak lagi mendapat tempat.

Ketika itu, penggemar muzik turut meletakkan stereotaip dan memandang penyanyi genre itu hanya terikat pada satu jalur muzik hingga sukar memperoleh tawaran persembaha­n.

“Pernah pada suatu masa, saya tiada lagi simpanan dan wang yang tinggal sangat terhad. Saya tetap kuatkan semangat dan paksa diri untuk bangkit. Saya beruntung kerana mengenali Jaafar Onn yang membantu dan memberi tunjuk ajar supaya saya mencuba nasib sebagai pengacara.

“Saya mengikut nasihatnya dengan mencuba bidang baharu itu,” katanya mengimbau kisah ketika mula membina tapak dalam industri.

Berjauhan dengan suami

Ibu kepada seorang putera ini berkata, berkat kesabarann­ya, rezeki sentiasa ada untuk dirinya dan keluarga. Daripada penyanyi hingga pengacara, bakatnya turut diterima sebagai penyampai radio.

Ketika mengambil keputusan untuk bertugas sebagai penyampai radio lebih setahun lalu, Haiza dalam dilema kerana terpaksa berjauhan daripada suami.

“Memang payah kerana saya tinggal di Kuala

Lumpur. Ada ketika, saya terpaksa berulang- alik hingga menyusahka­n ibu bapa untuk temankan saya di Johor memandangk­an suami bertugas di ibu kota.

“Hati saya tidak tenang, malah pelbagai perkara sentiasa terlintas di fikiran,” katanya.

Bukti kemampuan

Penyanyi lagu Yang ini berkata, program yang disertainy­a tahun lalu mengubah landskap kerjaya seninya dan menjadi medan membuktika­n kemampuan sebagai penyanyi serba boleh.

Bukan mendabik dada, jauh sekali meninggi diri, Haiza berkata, program itu memberinya peluang menonjolka­n kebolehan menyanyi dalam pelbagai genre muzik yang tidak pernah dibawanya.

“Saya tahu, banyak pihak mula membuka mata apabila saya tampil dengan persembaha­n berlainan setiap minggu. Walaupun tidak menjadi pemenang, muncul sebagai finalis banyak membantu portfolio kerjaya saya.

“Tawaran juga semakin murah dan rezeki bertambah termasuk mendapat pelbagai peluang baharu,” katanya.

 ??  ?? Dig Dug single Dag Nombor Satu
Gegar Vaganza
Dig Dug single Dag Nombor Satu Gegar Vaganza
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia