Berita Harian

Tiada lagi dilema

-

dikata, impak kerjaya seni Haiza makin menyinar apabila dilamar stesen baharu, Kool FM dan ke udara pada segmen utama setiap pagi, selain tawaran pengacaraa­n acara berprestij seperti Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke29 pada Mei lalu.

Haiza berkata, tiada apa yang mampu diluahkan selain melahirkan perasaan syukur atas kurniaan Maha Pencipta. Akuinya, fasa hidupnya kini lebih selesa dan bermakna apabila sudah kembali sebumbung dengan suami dan anak tersayang, selain berpeluang meluaskan bidang seni yang diceburiny­a.

“Saya bahagia dan gembira dengan rezeki ini. Sekarang, setiap kali bangun pagi, hati saya tenang melihat suami dan anak di sisi. Saya juga tidak perlu lagi susahkan ibu bapa, malah mereka juga gembira dapat kembali menetap di kampung,” katanya.

Selain bakat besar yang dimilikiny­a, ramai yang pasti bersetuju andai Haiza dikategori­kan sebagai antara artis yang disenangi kerana sikapnya yang ikhlas dan sentiasa merendah diri.

Ketika diajukan mengenai perkara itu kepada empunya diri, Haiza hanya tersenyum lebar. Haiza sentiasa mengingatk­an diri supaya berbuat baik dengan sesiapa saja sekiranya mahukan layanan yang serupa.

“Semuanya bermula dari dalam diri, selain ikhlas dalam apa yang dilakukan. Satu yang saya belajar, kita perlu menjalin hubungan yang baik dan bijak menjaga tutur kata. Paling penting, jadi diri sendiri dan jangan berpurapur­a.

“Saya tahu bukan semua sukakan kita.

Adat manusia ada yang suka, ada yang tidak.

Kita jangan fikir orang, yang penting kita perlu sentiasa positif,” katanya.

Impi persembaha­n solo

Ditanya mengenai rencana kerjaya nyanyianny­a, Haiza baru melahirkan single terbaharu, Tentang Cinta ciptaan sepenuhnya Asfan Shah. Ia adalah lagu pertama yang menampilka­n genre balada rock, menyerlahk­an sisi berbeza Haiza yang begitu sinonim dengan dangdut.

“Ini percubaan sulung saya merakamkan lagu bukan genre dangdut dan berharap ia mendapat sambutan yang baik,” katanya.

Meskipun sudah beralih ke jalur muzik baharu, Haiza tetap tidak akan berpaling daripada dangdut yang sudah sebati dengan dirinya. Baginya, dangdut adalah muzik yang mengukir jenama Haiza sebagai penyanyi dalam industri muzik tempatan.

Haiza memberitah­u, dirinya turut menyimpan keinginan untuk menjayakan persembaha­n solo dan membawakan lagu yang pernah dirakamkan sepanjang kariernya sebagai penyanyi.

“Memang ada permintaan, cuma masanya belum tiba. Saya akui memang menjadi impian untuk mengadakan konsert mini bersama peminat tersayang terutama Haiza Troopers (kelab peminat) yang banyak menyokong kerjaya seni saya,” katanya.

Mengenai pengalaman sebagai penyampai radio di stesen baharu Kool

FM, Haiza mengakui teruja menggalas tugas yang diberikan, malah seronok apabila menerima sokongan daripada rakan penyampai seperti AG dan Liza Khairudin.

“Kami bagaikan sebuah keluarga dan saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk bersama dengan stesen ini. Saya juga masih dalam proses belajar untuk menjadi lebih baik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia