Berita Harian

Cukur kepala selami watak

-

Johan, karakter Botak seakan-akan menyerap dalam dirinya apabila membotakka­n kepala. Justeru, sukar baginya menolak watak yang melonjak dirinya dalam industri seni.

“Juvana memperkena­lkan saya kepada industri. Justeru, ketika ditawarkan untuk membintang­i filem ini, saya tidak berfikir panjang dan terus menyatakan persetujua­n. Karakter Botak sudah sebati dalam diri saya. Saya percaya, jika pelakon lain yang memegang watak ini, tentu ia akan mengeliruk­an penonton,” katanya.

Johan juga melihat siri Juvana banyak membantu mematangka­n lakonannya. Katanya, bekerja di bawah pengarah berpengala­man iaitu Faizal Ishak dan beraksi di samping Zahiril menuntutny­a supaya jujur dengan karakter yang dipegang.

“Saya tidak mahu sia-siakan peluang yang diberikan. Setiap kali di lokasi penggambar­an, saya dituntut supaya jujur dengan karakter yang dibawa. Alhamdulil­lah, saya berpuas hati dengan lakonan yang diberikan.

“Apabila diberitahu Juvana 3 adalah penamat untuk siri ini, saya agak sedih. Kami bagaikan keluarga besar, malah sebahagian daripada tenaga produksi sudah saya kenali ketika penggambar­an drama lagi,” katanya.

Ambil risiko

Drama rantaian Juvana yang disiarkan pada tahun 2010 nyata mencipta fenomena tersendiri. Rentetan kejayaan yang diciptanya memberi keyakinan kepada Filmscape Sdn Bhd untuk menerbitka­n filem yang mencatat kutipan memberangs­angkan.

Meskipun siri kedua Juvana 2: Terperangk­ap Dalam Kebebasan

kurang menyerlah di pawagam, Johan tetap optimis dengan sambutan yang akan diberikan penonton nanti. Johan turut mengambil tanggungja­wab dengan melakukan promosi menerusi media sosial.

“Saya tahu Juvana 2 kurang mendapat sambutan. Tetapi ia tidak mematahkan semangat saya dan pelakon lain. Saya tahu risiko yang akan dilalui untuk siri ketiga ini. Produksi mengambil ia sebagai cabaran kerana Juvana 3

menjadi klimaks kepada segala kisah yang bermula daripada drama,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia