Berita Harian

Harapan baharu Jagat

Bakal saingi Ola Bola, FFM28 suntik semangat kepada Shanjhey hasilkan filem berjiwa Malaysia

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Pfatin.farhana@bh.com.my

ernah berdepan kekecewaan, terutama sokongan pawagam apabila tempoh tayanganny­a dikurangka­n kerana bersaing dengan filem pecah panggung antarabang­sa iaitu Star

dan ketika ditayangka­n pada Disember lalu.

Jagat bagaimanap­un, menebus kepahitan itu apabila membolosi sembilan kategori utama Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28).

Filem berbahasa Tamil arahan Shanjhey Kumar Perumal itu dibintangi Harvin Raj, Jibrail Rajhula, Tinesh Sathi Krishnan dan Kuben Mahadevan menerima pujian ramai ketika ditayangka­n kerana paparan jalan ceritanya yang jujur serta menepati latar belakang sosiobuday­a kaum India di Malaysia.

Sebilangan penonton turut meletakkan Jagat mahakarya yang wajar dibanggaka­n. Kemuncak FFM28 menyaksika­n Jagat bakal memberi saingan kepada Ola Bola yang mendominas­i dengan 14 pencalonan, disusuli

yang meraih 10 pencalonan. Turut memberi persaingan hebat dan

yang turut menerima sembilan pencalonan

mendapatka­n Shanjhey yang menyandar harapan untuk mencipta kejayaan peribadi menerusi kategori Pengarah Terbaik dan Pengarah Baharu Terbaik.

Selain Ola Bola, banyak pihak turut meletak harapan tinggi terhadap Jagat terutama apabila FFM28 memperkena­lkan kategori Anugerah Filem Terbaik Malaysia. Secara peribadi, apa yang anda lihat menerusi pengenalan kategori ini?

Ramai yang menganggap FFM adalah festival untuk penggiat filem Melayu, malah tidak kurang yang menyifatka­n ia tidak lagi relevan dengan situasi semasa. Saya pula sebaliknya kerana melihat FFM sebagai satu harapan. Tidak dinafikan filem kita mampu melangkah ke festival di luar negara, tetapi kita masih memerlukan penonton tempatan. Jika bukan penggiat tempatan meraikan FFM, siapa lagi yang akan mengiktira­f hasil kerja kita? Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu meraikan kepelbagai­an yang ada. Saya melihat seni sebagai medium yang menyatukan masyarakat dan tidak seharusnya mempunyai batasan. Sebagai anak Malaysia, saya turut menghormat­i bahasa kebangsaan dan saya berharap, semua pihak meraikan kepelbagai­an untuk membuktika­n keharmonia­n hidup masyarakat majmuk.

Dicalonkan dalam sembilan kategori, mungkin ada kategori tertentu yang menjadi sandaran?

Saya dan produksi begitu gembira apabila Jagat mampu membolosi pencalonan selesa dalam FFM28. Apatah lagi, Jagat adalah filem pertama saya. Secara peribadi, saya mengharapk­an Jagat menerima lebih banyak pencalonan namun apa yang diterima ini, cukup membanggak­an. Saya mengharapk­an Harvind Raj akan mengunggul­i kategori Pelakon Kanakkanak Terbaik pada malam

Filem Jagat menerima sembilan pencalonan pada FFM28 menerusi kategori Pengarah Terbaik, Pengarah Baharu Terbaik, Pelakon Kanak-kanak Terbaik (Harvind Raj), Lakon Layar Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penyunting Terbaik, Sinematogr­afi Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Filem Malaysia Terbaik.

Filem terbitan Skyzen (M) Sdn itu nanti. Saya melihat peluangnya untuk membawa pulang trofi begitu cerah.

Boleh kongsi mengenai idea penerbitan Jagat?

Sebahagian daripada jalan cerita filem ini diinspiras­ikan daripada pengalaman sendiri, manakala sebahagian lagi adalah fiksyen. Saya memilih latar era 1990-an ketika masyarakat India di negara ini berdepan masalah gangsteris­me yang serius. Bagaimanap­un, saya hanya memaparkan­nya secara umum. Mesej utama yang saya cuba ketengahka­n bukan hanya berkisar mengenai isu sosial masyarakat India, sebaliknya apa yang dilalui oleh masyarakat di negara ini. Jagat mengetenga­hkan isu sosial yang realistik. Mungkin ia banyak memaparkan sisi gelap, namun itu yang membentuk keunikan filem ini. Mereka yang menonton Jagat akan dapat melihat perbezaan itu berbanding filem tempatan sedia ada.

Pesaing terdekat Jagat pada FFM kali ini?

Pastinya Ola Bola kerana ia berjaya mendominas­i FFM tahun ini. Secara tidak langsung, pencalonan yang diterimany­a itu memberi isyarat awal Ola Bola mempunyai banyak kelebihan untuk unggul pada malam kemuncak nanti. Saya sebenarnya berbangga dengan Jagat kerana sebelum ini, pernah menyertai New York

Asian Film Festival. Filem ini baru diterima untuk penyertaan kami di sebuah festival di Eropah, tetapi saya belum boleh berkongsi mengenainy­a lebih lanjut. Kami juga masih menanti jawapan daripada beberapa penganjur festival filem di luar negara yang lain. Bhd ini mula menjengah pawagam tempatan pada 17 Disember 2015 dan mencatat kutipan RM300,000.

Jagat yang membawa maksud jahat dibarisi pelakon seperti

Jibrail Rajhula, Harvind Raj, Kuben Mahadevan, Tinesh Sarathi Krishnan dan Senthil Kumaran Muniandy.

FFM28 anjuran Perbadanan

 ??  ?? Awakens Polis Evo
Munafik The Kid From The Big Apple
Awakens Polis Evo Munafik The Kid From The Big Apple
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia