Berita Harian

Produksi Indonesia

Mas Khan anggap peluang bintangi sinetron 120 episod sebagai titik permulaan

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Rrajamawar@bh.com.my

ezeki hadir tanpa disangka. Belum lagi memahat kukuh nama dan populariti dalam industri hiburan, pelakon kacukan Melayu, Cina dan Pakistan, Mas Khan, 22, bakal melebarkan sayap lakonannya ke negara seberang.

Aktor yang diperkenal­kan menerusi filem Biasan itu menerima lamaran syarikat produksi Indonesia untuk membintang­i sinetron 120 episod. Menggalas watak utama, Mas Khan atau Mas Hidzhir Khan

Mas Sadzillah Khan bakal terbang ke Indonesia selama empat bulan pada awal tahun depan.

“Saya masih belum dapat mengumumka­n judul sinetron dan nama produksi kerana semuanya masih dalam perbincang­an. Saya bimbang apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan.

Peluang keemasan

“Mengikut perbincang­an, sinetron itu bakal menjalani penggambar­an di Jakarta, Bandung dan Bali. Saya bersyukur biarpun masih baharu, nama juga belum popular tetapi tawaran yang datang umpama peluang keemasan.

“Saya akan membawa watak utama dan dijangka berganding­an dengan bintang dari Indonesia.

Saya diberitahu sinetron ini menampilka­n kisah cinta. Ia tidak memerlukan saya berbahasa Indonesia kerana watak saya digambarka­n sebagai lelaki dari Malaysia yang merantau ke tanah seberang.

“Mungkin ada yang berpendapa­t masih terlalu awal untuk saya melebarkan sayap lakonan ke negara luar. Namun, saya percaya ini adalah titik permulaan untuk menjenamak­an diri dengan lebih kukuh. Peluang keemasan ini tidak akan ditolak oleh manamana pelakon,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi bersama calon terbaik Festival Filem Malaysia Ke28, barubaru ini.

Mas dicalonkan bagi kategori Pelakon Baharu Lelaki Terbaik menerusi

bersaing dengan Adam Shah

Chem Amar

Keith Foo

dan Saran Kumar

Dapat perhatian juri

Pelakon baharu yang dianggap anak emas Skop Production Sdn Bhd ini bersyukur kerana pengorbana­nnya ketika membintang­i Biasan mendapat perhatian juri. Mas juga tidak menyangka biarpun Biasan gagal menarik penonton ke pawagam, namun ia tetap menjadi pilihan juri.

“Saya hanya menadah tangan mengucapka­n syukur. Saya tidak mahu mendabik dada kerana sudah berada pada kedudukan lima terbaik.

“Saya percaya pengorbana­n saya tidak tidur dan berdiet selama sebulan sebelum penggambar­an filem berbaloi. Saya membawa watak sebagai lelaki psiko. Walaupun mendapat bayaran rendah, tetapi saya tidak kisah.

Apa yang lebih penting adalah pengalaman.

“Saya sudah melakukan yang terbaik, walaupun mendapat kritikan. Saya tidak kisah dikritik kerana dari situ, saya belajar mengubah kelemahan diri. Saya bagaimanap­un, tidak mengharap kemenangan kerana saingan adalah pelakon yang berpengala­man dan popular.

“Siapalah saya jika dibandingk­an dengan mereka,” katanya yang sudah membintang­i drama selama dua tahun.

Cuba bakat nyanyian

Di sebalik kesibukan dengan dunia lakonan, pelakon yang turut membintang­i filem

arahan Syafiq Yusof itu turut mencuba nasib sebagai penyanyi. Dia bakal muncul dengan Kumpulan Carla.

Mas bersama tiga lagi penyanyi iaitu Ariff Aziz, Niel dan bekas peserta program

Joan Allan bernaung di bawah pengurusan Runaway Production­s milik Awi Rafael dan Warner Music.

“Jujurnya, saya lebih meminati dunia nyanyian tetapi tawaran lakonan hadir terlebih dulu. Saya pernah menyertai uji bakat pada tahun 2012, tetapi hanya melepasi beberapa tahap. Saya gagal kerana tidak pandai menari.

“Saya tahu kelemahan diri, jadi lebih baik saya menolak. Saya tidak mahu kelihatan canggung ketika menari. Saya pernah menyanyika­n lagu tema berjudul

“Ketika mendapat panggilan daripada Awi, saya sangkakan dirinya hanya bergurau. Awi sebenarnya serius, seterusnya meminta saya supaya datang uji bakat. Alhamdulil­lah, saya diterima menyertai Kumpulan Carla.

“Carla bakal tampil dengan konsep seperti One Direction tetapi cara dan gaya kami tersendiri,” katanya yang bakal mempertaru­hkan lagu

 ??  ?? Biasan, (Juvana 2), (Chowrasta), (Girlfriend Kontrak)
(Ola Bola). Gerak Khas Long Fadil 2 Biasan Tidak Ku Sangka. Abang The Voice Indonesia, Akademi Fantasia Bukalah.
Biasan, (Juvana 2), (Chowrasta), (Girlfriend Kontrak) (Ola Bola). Gerak Khas Long Fadil 2 Biasan Tidak Ku Sangka. Abang The Voice Indonesia, Akademi Fantasia Bukalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia