Berita Harian

Projek dengan Sheila Majid

-

sangat berpuas hati dengan pembikinan album Sides yang disifatkan ‘buah tangan’ terbaiknya.

“Buat kali pertama, saya menulis hampir semua lagu dalam album ini. Pendengar boleh tahu apa yang terjadi dengan kehidupan saya menerusi album Sides. Ini kerana apa yang saya luahkan adalah apa yang rasakan dalam hidup.

“Pada suatu ketika, saya bersyukur dan menulis lagu mengenai ketuhanan. Pada masa lain, saya rasa sedih. Jadi saya menulis lagu beremosi. Disebabkan itu, saya namakan album ini sebagai Sides. Ini kerana album ini ada banyak sisi yang mahu saya perdengark­an.

“Anda boleh dengar versi hip hop, R&B, dansa dan balada yang penuh dengan emosi dalam Sides,” katanya.

Afgan tidak menafikan gementar menanti reaksi peminat selepas kali terakhir menerbitka­n album pada tahun 2012.

Karya lebih matang

“Sebelum ini, saya sibuk dengan kuliah. Tahun lalu pula, saya sibuk dengan konsert di Jakarta. Selepas itu, saya ada projek duet bersama Raisa untuk diselesaik­an, jadi masa tidak mengizinka­n.

“Sekarang, baru saya ada masa untuk berkongsi karya yang ditulis sejak tahun 2013. Saya fikir sekarang masa paling sesuai untuk saya luahkan apa yang saya pendam.

Selama ini, saya kurang yakin untuk menulis lagu.

“Saya melalui pembikinan tiga album untuk sampai ke tahap ini. Saya gembira kerana sekarang sudah ada kuasa untuk mendapatka­n apa yang sama mahu dalam album,” katanya.

Afgan berharap peminat boleh mendengar karyanya yang lebih matang. Ini kerana dia positif apa yang diusahakan menerusi Sides akan mendatangk­an hasil yang baik.

Berkongsi perancanga­n masa depan, Afgan teruja memberitah­u bakal berduet dengan idolanya, Datuk Sheila Majid.

Khabarnya, graduan Universiti Monash ini mencipta sebuah lagu istimewa yang akan diselitkan dalam album terbaharu ratu jazz negara itu.

“Ia sebuah lagi istimewa yang ditulis buat idola saya,” katanya.

 ??  ?? Sides
Konsert Afgan: Sides Live In Malaysia Single Kunci Hati.
Sides Konsert Afgan: Sides Live In Malaysia Single Kunci Hati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia