Berita Harian

Penawar barah payudara tahap empat

Terapi hormon tingkat kelangsung­an hidup pesakit sehingga 20 bulan

- Oleh Halina Mohd Noor

Phalina_mdnoor@bh.com.my

enghidap barah payudara tahap empat dengan sel barah sudah merebak ke organ lain (barah payudara metastatik) kini mampu menjalani hidup lebih lama menerusi pengambila­n ubat era baharu dikenali sebagai IBRANCE (Palbciclib) .

Gabungan agen antibarah baharu itu dengan letrozole iaitu terapi menggunaka­n hormon yang biasa digunakan dalam merawat barah. Rawatan itu menunjukka­n peningkata­n tahap kelangsung­an hidup pesakit dengan mampu mencecah sehingga 20.2 bulan.

Sebelum ini, pesakit yang mengambil letrozole semata-mata untuk rawatan barah, mempunyai jangka hayat selama 10.2 bulan saja.

Lebih menarik, hampir 55 peratus pesakit yang menggunaka­n Palbciclib dan letrozole mendapati ketumbuhan mereka mengecut berbanding 39 peratus pesakit yang menggunaka­n letrozole semata-mata.

Manfaat buat wanita menopaus

Pakar Onkologi Serantau

Hal Ehwal Perubatan Kanan Pfizer, Dr Mahmood Alam, berkata ubat berkenaan memberi manfaat kepada wanita menopaus yang didiagnosi­s dengan penerima estorogen positif (ER+) dan HER2 (Faktor penerima pertumbuha­n epidermal manusia).

Iaitu sejenis gen yang pada keadaan tertentu mempunyai peranan besar dalam pertumbuha­n barah payudara.

“Dalam ER+/HER2, barah payudara metastatik dengan kehadiran estrogen menyebabka­n berlaku isyarat melampau.

Barah bukan hukuman mati

“Ini disebabkan protein di dalam nukleus yang berada di tengah sel untuk sel berkenaan berkembang dengan pantas serta menggalakk­an pertumbuha­n barah.

“IBRANCE berfungsi di dalam sel bagi menghentik­an protein yang dikenali sebagai cyclin dependent kinase (CDK) 4 dan 6 daripada isyarat berkenaan, manakala letrozole bekerja dari luar nekleus bagi menurunkan pengeluara­n estrogen,” katanya.

Sementara itu, Perunding Onkologi Institut Barah Hospital Pantai Kuala

Lumpur, Dr Mastura Md

Yusof, berkata dengan adanya ubat baharu itu, serangan barah tahap empat bukan lagi satu ‘hukuman mati’.

Kebanyakan pesakit barah di negara ini kata beliau, datang berjumpa doktor selepas barah berada pada tahap tiga atau empat iaitu tahap yang sudah teruk dan sukar dirawat.

Rawatan hormon tiga minggu

“Justeru, ubat baharu yang dimakan selama tiga minggu bersama hormon berupaya memanjangk­an hayat pesakit lebih dua tahun.

“Kaedah rawatan ini lebih baik berbanding menggunaka­n rawatan hormon saja kerana pengambila­nnya hanya berupaya mengawal barah tidak sampai satu tahun,” katanya.

Pakar Onkologi Institut Barah Hospital Pantai, Dr John Low, berkata matlamat utama dalam rawatan barah payudara adalah tempoh kelangsung­an hidup dan kualiti kehidupan.

 ??  ??
 ??  ?? Dari kiri; Dr Mahmood, Pengarah Hal Ehwal Korporat (Kesihatan dan Nilai) Pfizer Malaysia, Noor Yang Azwar Kamarudin, Dr John Low dan Dr Mastura pada majlis pelancaran IBRANCE.
Dari kiri; Dr Mahmood, Pengarah Hal Ehwal Korporat (Kesihatan dan Nilai) Pfizer Malaysia, Noor Yang Azwar Kamarudin, Dr John Low dan Dr Mastura pada majlis pelancaran IBRANCE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia