Berita Harian

Herba antikanser

Berkhasiat berupaya kawal, bunuh sel barah

- Oleh Halina Mohd Noor

Bhalina_mdnoor@bh.com.my

arah adalah penyakit yang bukan saja menyebabka­n kesakitan dan penderitaa­n kepada penghidapn­ya, tetapi juga seluruh ahli keluarga.

Barah sememangny­a boleh dirawat dengan pelbagai ubatan moden yang terdapat di pasaran tetapi tumbuh-tumbuhan yang sering ditanam di halaman rumah juga berpotensi mencegah serta melegakan kesakitan.

Fasilitato­r Taman Warisan Pertanian, Putrajaya, Mohd Ardi Amat Tosirim, berkata terdapat tumbuhtumb­uhan yang mengandung­i bahan antikanser, berupaya menghalang pertumbuha­n sel barah.

Ini boleh dilakukan dengan mengamalka­n memakan tumbuhantu­mbuhan ini sebagai ulam dalam diet seharian atau sebagai minuman.

Minum air rebusan

“Antara tanaman yang boleh didapati dengan mudah dan ditanam di taman rumah adalah sambung nyawa batik, sambung nyawa hijau atau Leaf of God dan belalai gajah.

“Semua tanaman ini dikenali sebagai tanaman antikanser termasuk barah payudara, serviks (pangkal rahim) dan juga barah yang sering menyerang lelaki seperti prostat,” katanya yang ditemui di Putrajaya, baru-baru ini.

Pokok sambung nyawa boleh dimanfaatk­an dengan meminum air rebusan daun, manakala akarnya berupaya menyekat pertumbuha­n sel barah dan ketumbuhan pada paru-paru.

Sesuai dijadikan salad

“Satu lagi spesies pokok sambung nyawa atau daun sambung nyawa hijau yang boleh dimakan terus daunnya yang muda sebagai ulam atau salad bagi mencegah daripada serangan kanser.

“Ia mengandung­i bahan kimia yang mengawal atau membunuh sel selain mengurangk­an risiko barah daripada berulang,” katanya.

Belalai gajah atau

‘rumput ular Sabah’ juga dapat melawan sel barah yang mana daunnya direbus dan diminum seperti teh dalam perubatan tradisiona­l.

 ??  ??
 ??  ?? Mohd Ardi
Amat Tosirim, Fasilitato­r
Taman Warisan Pertanian, Putrajaya
Mohd Ardi Amat Tosirim, Fasilitato­r Taman Warisan Pertanian, Putrajaya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia