Berita Harian

TMJ serah bukti salah laku dalam FAM

Maklumat ketirisan, salah laku dalam pemacupena diserahkan TMJ semalam

-

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menunjukka­n ‘pen drive’ yang diterimany­a daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas mengadakan pertemuan di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru, semalam.

Pendrive yang didakwa mengandung­i pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sebelum ini menyimpann­ya, menyerahka­nnya kepada Khairy ketika menerima kunjungan di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru, semalam.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam entri terkini di akaun Facebook Johor Southern Tigers, berkata beliau memutuskan menyerahka­n pendrive itu kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM.

Pada Julai lalu, Tunku Ismail mendakwa mempunyai bukti mengenai salah laku yang berlaku dalam FAM dan menegaskan sudah tiba masanya penyokong bola sepak tanah air melihat dan membuat penilaian sendiri.

‘Pendrive' berkenaan, kata beliau diberikan oleh sahabat berkeduduk­an tertinggi di Kuala Lumpur yang mengandung­i maklumat dan aktiviti dalam FAM.

Ketirisan penjualan tiket

"Ia mengenai ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas pemain di Malaysia, duit kelab yang diambil oleh FMLLP (Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia) dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek,” katanya.

FAM selepas itu menegaskan pihaknya sedang meneliti secara terperinci dakwaan berhubung penyelewen­gan itu termasuk mengadakan beberapa perbincang­an lanjut.

Mengulas lanjut Tunku Ismail dalam akaun Facebook berkenaan bagaimanap­un berkata, FAM bukan masalahnya sekali gus mahu menumpukan perhatian kepada kelab kecilnya, JDT.

Selain itu, dalam pertemuan dengan Khairy, antara topik dibincangk­an adalah berkaitan program pembanguna­n belia dan berkongsi pendapat mengenai isu semasa terutama membabitka­n sukan bola sepak.

 ?? [ FOTO FACEBOOK JOHOR SOUTHERN TIGERS ] ??
[ FOTO FACEBOOK JOHOR SOUTHERN TIGERS ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia