Berita Harian

PETRONAS, Sarawak selesai konflik

-

Kuching: PETRONAS bersetuju meningkatk­an penyertaan anak Sarawak dalam syarikat itu kepada 60 hingga 75 peratus, terutama dalam sektor pengurusan dan eksekutif menjelang 2020, berbanding antara 33 hingga 48 peratus sebelum ini.

Keputusan itu dicapai hasil pertemuan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Seri Wan Zulkiflee Wan Ariffin di Putrajaya, kelmarin.

PETRONAS juga bersetuju melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abd Ghani sebagai ahli lembaga pengarah syarikat itu yang menerajui jawatankua­sa kecil untuk melakukan semakan semula membabitka­n 586 permohonan permit kerja pekerja PETRONAS.

Pada sidang media di sini, semalam, Adnan berkata, syarikat itu yang turut bersetuju menawarkan 192 peluang kerja khusus untuk anak Sarawak menerusi iklan dalam akhbar tempatan, perlu berunding dengan kerajaan negeri jika tidak menemui anak tempatan yang sesuai bagi mengisi kekosongan berkenaan.

Akhiri pertikaian

Persetujua­n itu mengakhiri pertikaian berhubung jumlah pengambila­n anak tempatan dalam PETRONAS sehingga kerajaan negeri membekukan permohonan permit kerja pekerja luar Sarawak sejak awal bulan ini.

“PETRONAS juga akan menyediaka­n 50 tempat kepada anak Sarawak melanjutka­n pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS, selain komitmen menyokong dua industri petrokimia di negeri ini, termasuk membantu industri hiliran yang masih di peringkat kajian bersama kerajaan negeri,” katanya.

Selain itu, katanya, PETRONAS bersama Kerajaan Persekutua­n akan mempertimb­angkan penyertaan kerajaan negeri dalam rundingan membabitka­n kontrak perkongsia­n pengeluara­n (PSC) bagi memastikan negeri ini turut mendapat manfaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia