Berita Harian

LZS bantu asnaf bebas belenggu kemiskinan

Hidup ibu tunggal dua anak berubah, mahu besarkan perniagaan popia

- Oleh Norashikin Leman

Umum mengetahui badan pungutan zakat selalunya membantu golongan asnaf termasuk ibu tunggal dengan menyalurka­n bantuan saraan hidup.

Namun, tidak ramai yang tahu selain memberi bantuan zakat, badan pungutan zakat seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut membantu golongan tidak berkemampu­an keluar daripada kemiskinan dan kesusahan.

Usahawan makanan, Anisah Ihwan, 50, berkata walaupun bergelar ibu tunggal, beliau tidak mahu menjadikan status sebagai penghalang meneruskan kehidupan membesarka­n anak selepas kematian suami.

Katanya, membesarka­n dua anak seorang diri, sejak kematian suami 23 tahun lalu turut menjadi pembakar semangat untuknya keluar daripada kelompok asnaf.

Anisah berkata, hidupnya mula berubah apabila suami tempat mereka sekeluarga bergantung harap, meninggal dunia akibat kemalangan.

Beliau yang ketika itu hanya suri rumah sepenuh masa, terpaksa memulakan hidup baharu dan mencari pekerjaan bagi meneruskan kehidupan.

“Dengan anak yang masih kecil, saya meneruskan kehidupan dengan berniaga makanan seperti kuih apam dan mi goreng di pasar malam.

“Sepanjang berniaga, saya tidak pernah membuat sebarang pinjaman dan hanya menggunaka­n simpanan peribadi dan bantuan ahli keluarga sebagai modal.

“Saya juga bernasib baik kerana ahli keluarga kebanyakan­nya memang berniaga sekali gus memudahkan peluang untuk memulakan perniagaan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dapat bantuan LZS

Anisah berkata, walaupun ahli keluargany­a banyak memberikan bantuan, beliau sentiasa berusaha memajukan diri dengan usahanya sendiri.

Bagaimanap­un, kehidupan Anisah tidak selalunya cerah apabila pernah berdepan dengan pelbagai ujian terutama apabila kereta keluarga yang digunakan untuk berniaga sering mengalami kerosakan.

“Pada waktu itu kebanyakan keuntungan diperoleh daripada berniaga habis digunakan untuk membaik pulih kereta berkenaan memandangk­an ia kenderaan utama keluarga kami.

“Sehingga tahun lalu, seorang rakan mencadangk­an supaya saya memohon bantuan perniagaan daripada LZS,” katanya.

Tanpa sebarang pengetahua­n, beliau ke LZS dan permohonan diluluskan dalam tempoh seminggu.

“Melalui bantuan berkenaan, saya menerima modal perniagaan berjumlah RM6,500, lori dan beberapa peralatan perniagaan selain menjalani kursus pendek.

Fokus niaga pasar malam

“Saya juga mengambil keputusan untuk fokus dalam perniagaan popia di pasar malam Pulau Indah, Klang, kerana ia lebih mudah dan teratur,” katanya.

Anisah berkata, beliau kini bersyukur kerana berjaya keluar daripada kelompok asnaf selepas hanya setahun menerima bantuan daripada LZS.

Meneruskan perniagaan bersama anak lelakinya, Khyrul Izuwan Amran, 28, dan lapan kakitangan yang juga ahli keluargany­a, Anisah turut menguruska­n perkhidmat­an katering.

“Saya kini dalam perancanga­n membuka restoran selain mahu menunaikan ibadah haji bersama anak satu hari nanti.

“Terima kasih LZS yang banyak membantu perniagaan saya menjadi lebih mudah dan terurus,” katanya.

 ?? [FOTO FAIZ ANUAR/BH] ?? Anisah (kiri) dibantu ahli keluarga menyiapkan popia basah dan popia goreng di Bazar Ramadan Taman Sri Andalas, Klang.
[FOTO FAIZ ANUAR/BH] Anisah (kiri) dibantu ahli keluarga menyiapkan popia basah dan popia goreng di Bazar Ramadan Taman Sri Andalas, Klang.
 ??  ?? Orang ramai beratur untuk membeli popia basah dan popia goreng.
Orang ramai beratur untuk membeli popia basah dan popia goreng.
 ??  ??
 ??  ?? Khyrul Izuan membantu ibunya menjual popia.
Khyrul Izuan membantu ibunya menjual popia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia