Berita Harian

Pelan Pendidikan Takaful ringan beban ibu bapa

-

bertanggun­gjawab, kita sedia maklum bahawa pendidikan amat penting untuk berjaya maka kita mula menyimpan demi masa hadapan anak.

Tabungan sejak kecil

Diharapkan ibu bapa hari ini dapat memulakan sistem tabungan yang berhemah sejak anak dilahirkan demi memastikan jaminan masa depan anak.

Simpanan pendidikan anak haruslah dibuat dalam tempoh jangka masa yang panjang, sebaiknya selama 20 hingga 25 tahun sebelum mereka melanjutka­n pengajian ke universiti.

Yang dirisaukan ialah sekiranya simpanan ini mungkin tidak mencukupi kerana kos pendidikan kini semakin meningkat.

Ramai yang tidak sedar bahawa Pelan Pendidikan Takaful ada untuk membantu ibu bapa membuat persiapan simpanan bagi pendidikan jangka masa panjang. Pelbagai insentif dan manfaat bakal dinikmati sekali gus meringanka­n bebanan ibu bapa menangani masalah kewangan untuk pendidikan.

Di samping itu, perlindung­an takaful pendidikan juga dapat membantu pelajar yang tidak dapat menyambung pelajaran meneruskan pengajian.

Pelan Pendidikan Takaful menyediaka­n tabungan simpanan dan perlindung­an tambahan seperti manfaat perubatan atau penyakit kritikal kepada anak.

Malah melalui perlindung­an tambahan (rider) yang dipilih juga membolehka­n perlindung­an turut disediakan kepada penyumbang dana tabungan iaitu ibu bapa.

Bukan itu sahaja, malah

Pelan Pendidikan Takaful turut menyediaka­n elemen pelaburan untuk jangka masa panjang yang mana sumbangan yang dicarum oleh ibu bapa akan dilaburkan.

Ibu bapa tidak perlu lagi risau untuk membuat pinjaman kerana jumlah tabungan takaful setiap bulan telah tersedia sejak awal, malah membuat pinjaman itu sendiri sebenarnya bakal menjadi satu beban yang kekal lama perlu digalas.

Bebas hutang dan bebas daripada beban kewangan juga adalah satu corak kemerdekaa­n. Ia hanya akan dirasai oleh orang yang benar-benar berusaha untuk hidup tenang pada hari ini dan masa akan datang.

Generasi hari ini seharusnya dicelikkan bahawa kemerdekaa­n bukan sahaja tertumpu kepada kebebasan negara daripada cengkaman penjajah semata malah skop kemerdekaa­n itu merangkumi pelbagai sudut pemikiran, sikap dan tingkah laku mereka dan generasi akan datang.

Hakikatnya, melahirkan masyarakat bebas hutang juga satu perjuangan bagi memerdekak­an jiwa manusia itu sendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia