Berita Harian

Wenger tak buat pembelian panik

-

London: Arsene Wenger menegaskan dia tidak membuat pembelian panik walaupun sudah mengeluark­an belanja lebih £50 juta pound (RM265.16 juta) pada hari-hari terakhir pasaran perpindaha­n Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengurus Arsenal itu kini hanya menunggu lampu hijau untuk melengkapk­an perjanjian mengikat penyerang Deportivo La Coruna, Lucas Perez dan pertahanan Valencia, Shkodran Mustafi, hari ini.

Dan bos Arsenal itu hanya ketawa apabila ditanya sekiranya Perez adalah Jamie Vardy versi Sepanyol.

“Saya suka dengan pandangan itu,” kata Wenger yang mendakwa keputusan untuk merampas usaha saat akhir Everton untuk membeli Perez bukan kerana terdesak gara-gara gagal mendapatka­n Vardy sebelum ini.

Cuba buat keputusan bijak

“Lihat wajah saya, adakah ia menunjukka­n seseorang yang panik untuk membeli?” kata Wenger yang kelihatan tenang. “Tidak, saya cuba buat keputusan yang bijak untuk pasukan.

“Saya menjangkak­an ia ( jendela perpindaha­n) akan menjadi lebih mudah berbanding sebelum ini tetapi ia ternyata meleset. Tidak banyak yang berlaku dan tiga hari terakhir ini akan menjadi sangat sibuk.

“Perez adalah pemain yang lambat membangun, dia beraksi di beberapa posisi berbeza sebelum ini. Saya fikir dia mempunyai kualiti yang baik untuk bekerjasam­a, menerima bola dan penyudah yang tajam.

“Saya fikir (Mustafi) pula akan menjadi pemain yang hebat tetapi masa akan menentukan­nya. Dia pernah tiga tahun di Everton, dia ke Itali dan Sepanyol, tetapi pada usia 17 tahun bukannya mudah beraksi di EPL.

“Dia kini adalah kapten Valencia. Jika kami dapat menyelesai­kan urusan terakhir perpindaha­n ini kami akan dapat apa seorang pertahanan yang kami inginkan selama ini.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia