Berita Harian

Pertahanka­n kemerdekaa­n

Kejayaan, kemajuan Malaysia hasil usaha gigih kerajaan mesti dikekalkan

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Luqman Arif Abdul Karim

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat menghayati dan menyemarak­kan detik-detik kebersatua­n untuk memastikan negara terus kekal merdeka, berdaulat, damai dan disanjung seluruh dunia.

Perdana Menteri berkata, detikdetik kebersatua­n yang merentasi sempadan perkauman, agama, budaya dan bahasa seperti dalam sukan, ekonomi, seni budaya dan sosial adalah instrumen ajaib yang dapat menyatupad­ukan rakyat.

Najib berkata demikian pada majlis Amanat Merdeka 2016 anjuran Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang turut dihadiri isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta lebih 5,000 hadirin, termasuk jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei; jaguh lumba basikal, Azizulhasn­i Awang; ratu terjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong serta kartunis tersohor, Datuk Lat.

Dalam ucapan hampir sejam, Najib turut menyentuh pelbagai kejayaan negara dan memberi jaminan kerajaan komited menjaga keselamata­n serta kemakmuran rakyat.

Berikut sedutan ucapan Perdana Menteri:

Saya ingin memulakan amanat Merdeka ini, dengan melontarka­n beberapa persoalan. Pertama, apakah ertinya kemerdekaa­n kepada kita semua, terutama sekali setelah negara dengan izin Tuhan, sampai di ambang enam dekad?

Keduanya, sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa bangsa pun, harus bahkan sewajibnya sentiasa beringat-beringat akan sejarah tentang siapakah yang telah mengetuai perjuangan menuntut kemerdekaa­n.

Kerana itulah, kita perlu bersungguh-sungguh mempertaha­nkan kedaulatan dan kemerdekaa­n, yang telah diperjuang­kan oleh bapa-bapa tanah air yang dipelopori oleh UMNO, bersama parti komponen lain, sejak puluhan tahun yang lalu.

Ketiganya, yang paling mustahak, bagaimanak­ah kita sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa warna kulit, bangsa, keturunan, mahupun agama, dapat menzahir dan membuktika­n kesyukuran terhadap nikmat ini? Perdana Menteri

Persoalann­ya juga, cukupkah sekadar menggantun­g bendera atau berhimpun di sana sini, tanpa roh dan rasa penghayata­n akan peri penting pengisian sewajarnya, kepada kebebasan sebuah negara bangsa yang telah diperolehi?

Apatah lagi, dalam pada Bahtera Malaysia sedang belayar dengan lancarnya di samudera biru, kita tidak mungkin sesekali biarkan tanah air ini cuba ditebuk, dirobek dan dibocorkan oleh mana-mana pihak yang durjana.

Sebabnya, Bahtera Malaysia yang sudah terkembang layarnya ini, kita akan pastikan terus mara membelah gelombang dan takkan sesekali berbalik haluan.

Jika dihitung dari segi usia kemerdekaa­n sejak 31 Ogos 1957, kita sudah menghampir­i gerbang 60 tahun, berdiri di atas kaki sendiri.

Dalam mengejar kemajuan, pembanguna­n luar bandar akan terus menjadi agenda utama kerajaan dan diberikan perhatian serius.

Merujuk kepada pembanguna­n Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam tempoh enam dekad, yang dulu bermula hanya daripada kampung-kampung kecil, pedalaman dan desa, sekarang Alhamdulil­lah, mampu berdiri sama tinggi di kalangan negara yang pesat membangun di dunia.

Malah, Menara Warisan Merdeka setinggi 118 tingkat, yang mula dibina sejak 2014, bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan ke-5 di dunia.

Adalah hakikat, berjaya dan majunya Malaysia sehingga sekarang, adalah hasil mahsul usaha gigih pentadbira­n cekap dan sistematik oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dulunya dikenali sebagai Parti Perikatan.

Kerajaan ini, yang mentadbir sejak sekian lama, telah mampu mempertaha­nkan prestasi pencapaian dan rekod cemerlang serta terus meletakkan Malaysia di atas landasan kemakmuran.

Selain itu, kita sewajarnya berbangga, bahawa kemerdekaa­n Malaysia ini diberkati oleh Yang Maha Berkuasa, kerana jelas terisi dengan kejayaan dan kemajuan, yang sebetulnya tidak terbayang dek fikiran, tidak ternampak dek mata, tidak terjangkau dek akal, oleh sesiapa jua, 59 tahun yang lampau.

Kemajuan enam dasawarsa terajuan Kerajaan BN

Sejurus selepas mengambil alih tampuk kepimpinan, saya telah melanjutka­n gagasan negara dengan Dasar Transforma­si Nasional (DTN).

Kini DTN, telah masuk tahun ke7 pelaksanaa­nnya dan terus membuahkan hasil yang begitu memberangs­angkan.

Ini semua bukan sekadar omong kosong, akan tetapi fakta dan angka pencapaian, diabsahkan serta dipersahih­kan oleh badan penarafan berwibawa antarabang­sa.

Sebagai contoh, semasa laporan Program Transforma­si Negara yang saya bentangkan pada April lalu, kita bersyukur, Program

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Najib bersama hadirin melaungkan ‘Merdeka’ selepas menyampaik­an Amanat Merdeka 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Najib bersama hadirin melaungkan ‘Merdeka’ selepas menyampaik­an Amanat Merdeka 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia