Berita Harian

Ketepi perbezaan, hayati kemerdekaa­n

Rakyat diajak zahirkan semangat cinta negara

-

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat bersama-sama mengisi erti kemerdekaa­n dengan mengetepik­an perbezaan politik dalam menzahirka­n semangat cintakan negara.

Kemerdekaa­n milik semua

Dalam amanatnya sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016, beliau berkata sebagai bangsa Malaysia, setiap anggota masyarakat perlu mempunyai tanggapan bahawa kemerdekaa­n negara adalah milik semua.

“Usaha mengisi kemerdekaa­n perlu dianggap satu kebertangg­ungjawaban atau kepentinga­n yang perlu dipikul seluruh rakyat, bukan hanya tanggungja­wab kerajaan semata-mata,” katanya.

Ahmad Zahid menyampaik­an amanat itu kepada media selepas pertemuan bersama Menteri Koodinator Maritim Indonesia, Luhut Binsar Panjaitan, yang juga Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata, kesepaduan dalam kalangan rakyat menentukan, menjaga dan mempertaha­nkan kemerdekaa­n adalah amanah yang perlu dipikul seluruh masyarakat tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia