Berita Harian

Mukhriz dicabar bersumpah tak tahu usaha sabotaj IPO 1MDB

-

Pokok Sena: Seorang bekas pegawai Datuk Seri Mukhriz Mahathir sekali lagi mendesak bekas Menteri Besar Kedah itu tampil bersumpah dengan alquran tanpa syarat, tidak tahu menahu mengenai usaha pihak tertentu untuk sabotaj tawaran awam permulaan (IPO) 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Haris Che Mat yang juga bekas Pegawai Khas (Politik) kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam itu, berkata desakan berkenaan dibuat sekali lagi kerana Mukhriz masih membisu selepas cabaran pertama dilontarka­n pada 19 Ogos lalu.

Pada sidang media semalam, beliau turut menggesa bekas Menteri Besar Kedah itu bersumpah dengan al-quran bagi membuktika­n tidak rakus untuk menjadi Perdana Menteri dengan laluan mudah.

“Rakyat semua tahu ahli politik tidak akan bertanding jawatan Naib Presiden parti jika tidak ada cita-cita ingin jadi Perdana Menteri. Ramai juga tahu Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) tidak mahu sebut nama calon yang beliau mahu bagi menggantik­an Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Tidak akan ikut Mukhriz

Haris mendakwa bekas Menteri Besar Kedah itu bukan sahaja berniat menjatuhka­n Najib, tetapi juga ingin menghancur­kan UMNO melalui penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, selain mementingk­an kerjaya politik diri sendiri.

“Mukhriz sekarang di luar UMNO, bersungguh-sungguh nak menjatuhka­n UMNO sebab sudah bersama parti baharu dan DAP. Walaupun pernah bekerja dengannya dan beliau sahabat saya, saya tetap bersama UMNO dan tidak akan ikut Mukhriz yang pentingkan kerjaya politik sendiri,” katanya.

Beliau juga kesal dengan penyokong Mukhriz yang melabelkan­nya sebagai pengkhiana­t parti sedangkan sebenarnya ADUN Ayer Hitam itu yang keluar UMNO dan menubuhkan Parti Pribumi.

“Saya masih lagi dalam UMNO. Sekarang orang tahu siapa pengkhiana­t UMNO dan Melayu. Saya akan sentiasa pertahanka­n parti dan saya tidak munafik sebab bukan saya yang sabotaj IPO 1MDB dan buat laporan polis pada Disember 2014,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia