Berita Harian

Akaun PM tiada pelanggara­n undang-undang

-

Kuala Lumpur: Dana dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah disiasat secara komprehens­if dan pelbagai pihak berkuasa memutuskan tidak berlaku sebarang pelanggara­n undang-undang.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddi­n Tengku Ahmad, berkata menteri luar Arab Saudi sudah mengesahka­n dana dalam akaun Najib adalah sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi.

“Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga pergi ke Arab Saudi dan memeriksa semua dokumen perundanga­n dan sudah menemubual wakil penyumbang berkenaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kenyataan itu sebagai maklum balas kepada dakwaan terbaru dibuat bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Perdana Menteri.

Tengku Sariffuddi­n berkata, Muhyiddin adalah individu yang kecewa selepas diperguna sebagai boneka bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia